SUMBANGAN BAJU…Hj Ahmad ( kiri) menyampaikan sumbangan baju kompang kepada Suhaimi sambil diperhatikan oleh barisan kepimpinan PAPIM.
KOTA KINABALU: Dua acara besar sedang dirancang oleh Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Kg Pimping di Kota Kinabalu ( PAPIM) pada akhir tahun ini.
Dua acara itu ialah acara Baurung-Urung PAPIM ke-2 di tempat yang akan ditentukan kemudian pada 25 Disimber 2025 dan acara Majlis Makan Malam PAPIM pada 3-1-2026 disalah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong berkata dua acara penutup itu diputuskan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAPIM di Anjung Soka Kafe Kinarut pagi tadi.
Haji Ahmad berkata satu jawatankuasa pelaksana akan dibentuk selepas pilihan raya umum negeri Sabah pada 29 Nov 2025 untuk membincangkan dengan lebih terperinci dua acara penutupan akhir tahun PAPIM ini
” Kita akan membabitkan penyertaan semua ahli dan keluarga terdekat mereka tanpa sebarang bayaran, sebagai menghargai sokongan mereka terhadap PAPIM selama ini,” katanya.
Menurut beliau aktiviti kali ini kedua-duanya akan diadakan di sekitar ibu negeri kerana kesemua ahli-ahli PAPIM menetap di sekitar Kota Kinabalu, Papar dan Tuaran.
Dalam pada itu, Haji Ahmad meminta ahli-ahli PAPIM yang belum menjelaskan yuran keahlian tahunan untuk berbuat demikian untuk menambah tabung persatuan.
” Setiausaha akan mengeluarkan surat kepada ahli-ahli yang belum menjelaskan yuran sebagai peringatan kepada mereka,” katanya sambil menambah yuran ahli hanya RM12 setahun.
Untuk aktiviti kedua Haji Ahmad berkata PAPIM juga akan mengadakan Majlis Makan Malam PAPIM untuk mengutip dana mengisi tabung kewangan persatuan ini untuk meneruskan kegiatan-kegiatannya.
” Kita akan menjual kira-kira 30 buah meja yang kadarnya berbeza-beza berpandukan kadar yang dikenakan oleh pihak hotel,” katanya.
Beliau berkata ahli-ahli PAPIM juga akan dikenakan kadar bayaran yang minima sahaja dan perkara ini juga akan dibincangkan dalam mesyuarat khas.
Acara makan malam ini sebagai penutupan kepada acara Baurung-Urung PAPIM dimana terdapat 14 acara akan diadakan semasa acara itu dan penutupan dan penyampaian hadiah mungkin kita akan lakukan pada majlis makan malam ini.
Sementara itu Penolong Setiausaha PAPIM, Nor Isham Narawi berkata Pelancaran Lagu Tema PAPIM juga akan dilakukan pada Majlis Makan Malam PAPIM.
Seni kata lagu dan melodi lagu tema PAPIM ini dicipta oleh anak-anak beliau sendiri dan akan dijadikan lagu tema persatuan itu pada majlis- majlis rasmi PAPIM nanti.
Selepas mesyuarat itu PAPIM juga menyampaikan sumbangan 18 helai baju kepada Kumpulan Kompang Putera Qaayed yang diterima oleh ketua kumpujannya, Suhaimi Hj Ag Latip dan Awangku Fairady Awangku Daud. Kumpulan ini terdiri dari semua anak-anak Kampung Pimping.
Turut hadir pada mesyuarat itu Naib Pengerusi, Puan Nismah Hj Kanak, Setiausaha Agung, Ali Hussain Hj Matnor, Bendahari, Awang Kassim Hj Ismail, Penolong Setiausaha, Nor Isham Narawi, Penolong Bendahari, Awang Ghazali Awang Ghani dan Ketua Penerangan, Haji Mohd Amin Hj Muin.
Yang lain AJK, Hajah Dayang Rayanih Hj Awang Amit,Ag Jaluddin Ag Salleh,Haji Ismail Haji Baniamin, Ali Omar Salleh,Ag Jainal Hj Jailani dan Nur Nazerah Mohd Nizam.



