22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM BUAT KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP PENAUNG, MENTERI KSTI

SEBELUM PERBINCANGAN ..AJK PAPIM bergambar kenangan di bilik menunggu bersama Mohd Arifin (lima kiri) sebelum perbincangan diadakan.

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak Kg Pimping KK (PAPIM) terhadap Penaung PAPIM yang juga Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Hj Arif di Pjbt Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu petang tadi.

Kunjungan hormat ini untuk memaklumkan kepada Mohd Arifin tentang Kejohanan Gegar Takraw Merdeka Membakut bagi merebut Piala ADUN Membakut ini pada 23-24 Ogos 2025 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara dan Sabah.

Kejohanan dua hari ini akan diadakan di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping Membakut ini dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Sabah (ASTAKA).

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,000, Piala Rebutan DAA dan sijil penyertaan. Naib Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil.

PERBINCANGAN…Pengerusi PAPIM, Hj Ahmad Dipong (lima kiri) menerangkan tentang Kejohanan Gegar Takraw Merdeka Piala Penaung PAPIM kepada Mohd Arifin (tengah) semasa kunjungan hormat itu Turut hadir dari kanan Bendahari PAPIM,Ag Kassim Hj Ismail, Hj Ismail Baniamin ( AJK), Ketua Penerangan, Hj Mohd Amin Hj Muin dan Setiausaha, Ali Hussein Hj Matnoor.Turut bersama Naib Pengerusi, Puan Nismah Kanak,Ag Ghazali Ag Ghani, Ag Mohd Jainal Hj Jalani dan Ag Jaluddin Ag Salleh.

Menteri juga bersetuju sama ada merasmikan pertandingan ini atau hadir pada upacara penyampaian hadiah dihari penutup kejohanan bergantung kepada jadual harian Menteri KSTI.

Pasukan yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Borang-borang ini boleh diperolehi melalui Pengerusi Penganjur, Nor Isham Narawi , Setiausaha Alihussain Matnoor , Bendahari Kejohanan, Tuan Carlos Tcm atau Ag Ghazali Ag Ghani, Ali Omar Salleh dan Ag Ag Mohd Jainal Hj Jalani.

Yuran penyertaan ialah RM120 setiap pasukan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN