SUMBANGAN… Mohd Arifin ( kanan) menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Pengerusi PAPIM, Hj Ahmad Dipong sambil diperhatikan oleh AJK PAPIM yg lain.
Oleh: Haji Amin Haji Muin
KOTA KINABALU:Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping Kota Kinabalu ( PAPIM) mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di pejabat Menteri di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu petang semalam.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong itu disertai Timbalan Pengerusi Haji Pengiran Othman Hj Pengiran Gamok, Setiausaha, Puan Nismah Hj Kanak dan Penolong Setiausaha, Ali Hussein Hj Matnoor.
Turut bersama dalam kunjungan itu beberapa AJK, Haji Mohd Amin Haji Muin, Ag Ghazali Ag Ghani@ Tuan Carlos, Hajah Dayang Rayanih Hj Ag Hamit, Ag Mohd Zainal Hj Jailani dan Ali Omar Salleh.
Turut bersama Pegawai Khas Menteri,Mohd Aris Mohd Arif.

LANTIKAN PENASIHAT… Hj Ahmad menyampaikan baju PAPIM dan topi kepada Mohd Arifin sebagai Penasihat PAPIM.
Semasa kunjungan itu Hj Ahmad memaklumkan Menteri bahawa PAPIM ditubuhkan untuk mengukuhkan silatulrahim kalangan ahli-ahlinya dan seluruh anak- anak Kg Pimping yang berada di kawasan Pantai Barat terutamanya KK dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta keluarga yang terdekat.
Beliau berkata PAPIM yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu juga telah membantu menjayakan beberapa program amal dan kebajikan yang dilaksanakan di Kg Pimping, menghulurkan bantuan kepada ahli dan penduduk kampung yang berdepan musibah.
Hj Ahmad berharap lebih ramai lagi anak- anak Kg Pimping yang berada dari Kinarut hingga ke Tuaran menjadi ahli kepada persatuan yang berdaftar ini.
Beliau berkata beberapa aktiviti dirancang untuk mengumpulkan anak-anak Pimping dalam satu majlis silatulrahim sambil meneruskan kempen penambahan ahli.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Haji Mohd Arifin yang juga Wakil Rakyat Membakut kerana sudi menerima kunjungan itu dan menerima pelantikan sebagai Penasihat PAPIM.
Mohd Arifin dalam ucapannya menyambut baik penubuhan PAPIM dan berharap persatuan ini akan terus bergerak aktif bukan saja untuk ahli-ahlinya tetapi mengukuhkan ikatan silatulrahim dengan semua anak-anak Pimping yang berada di Pantai Barat ini.
“Sebagai anak-anak kampung yang tinggal di bandar kita perlu terus berhubung dan mengukuhkan ikatan persaudaraan di mana juga kita berada,” katanya.
Pada akhir kunjungan Mohd Arifin menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada petsatuan itu untuk mengadakan aktiviti-aktiviti mereka.
Sebagai penasihat Pengerusi PAPIM juga menyampaikan baju berlogokan PAPIM dan topi kepada Mohd Arifin-