33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Panglima 5 Briged Kunjungi Tun Juhar

KOTA KINABALU: Panglima Briged Kelima (5 Briged) Infantri Malaysia Ke-36, Brigedier Jeneral Mohd Zamri Abdullah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.Kunjungan 

di Istana Seri Kinabalu pada Selasa tersebut diadakan bagi memperkenalkan diri sebagai Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Ke-36 Markas Kem Paradise Kota Belud yang baharu berkuatkuasa 17 April lalu.


Beliau menggantikan Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Ke-35, Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusuf yang bertukar ke Cawangan Sumber Manusia Angkatan Tentera Darat sebagai Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan.


Pada kunjungan tersebut, beliau dan Tun Juhar bertukar-tukar pandangan tentang isu keselamatan negeri selain turut memaklumkan Tun Juhar perkembangan terkini kesiapsiagaan aset. – PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN