31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pandemik Covid-19 perlu dijadikan pengajaran untuk saling menjaga ahli keluarga agar tidak berpecah-belah

GAMBAR KELUARGA….Ribus mengabadikan gambar kenangan bersama adik-beradik beliau.

KENINGAU: Pandemik Covid-19 perlu dijadikan pengajaran untuk saling menjaga ahli keluarga agar tidak berpecah-belah sebaliknya menanam sikap mengambil berat diantara satu dengan yang lain.

Menjelaskan perkara itu, Ribus Tingadon yang juga pesara Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom berkata, institusi keluarga merupakan tiang penyokong untuk saling menjaga sesama ahli keluarga agar dapat menasihatkan tentang penjagaan kesihatan dan keselamatan khasnya ketika pandemik Covid-19 masih berleluasa.

“Jangan abaikan ahli keluarga khasnya ketika dunia ini masih berhadapan dengan pandemik Covid-19. Kita tidak tahu nasib dikalangan kita kerana pandemik ini tidak mengenal usia”. Katanya.

Ribus yang telah berusia 78 tahun turut berkata, nasihat-nasihat berguna perlu diterapkan dikalangan cucu-cucu yang masih muda agar mereka tahu mematuhi segala peraturan ketika Pandemik Covid-19 yang masih berada dimana-mana.

Jelasnya, walaupun perayaan Krismas dan Tahun Baru bakal tiba, namun tidak boleh dipandang ringan dan segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa perlu dipatuhi sepenuhnya sepanjang merayakan perayaan tersebut.

“Apa yang dinasihatkan oleh Menteri Kesihatan tentang SOP untuk meraikan perayaan ini perlulah kita hormati. Itu semua untuk kebaikan kita dan jangan sesekali kita terlalu riak sehingga mengabaikan kesihatan diri”. Tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Keluarga Tingadon yang dirayakan secara sederhana dan mematuhi SOP pihak berkuasa pada Jumaat. Majlis tersebut hanya dihadiri adik-beradik, anak-anak dan cucu-cucu beliau dari kawasan setempat dekat sini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN