25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pandaras sampaikan 150 pakej makanan kepada penduduk terjejas banjir

Jenuin (depan tiga kiri) dan Remy (depan dua kanan) menyampaikan bantuan kepada antara penduduk terjejas banjir di Kampung Meligan Sipitang

OLEH: LEO SALBINUS

KOTA KINABALU: Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (Pandaras) menyampaikan 150 pakej makanan kepada penduduk Sabah yang terjejas banjir baru-baru ini.

Presiden 1 Pandaras, Jenuin Bungkak berkata, kesemua bantuan merupakan hasil sumbangan daripada ahli-ahli Pandaras dan juga orang ramai.

“Penyampaian dimulakan di kawasan Long Pasia yang mana kita menaiki pacuan empat roda untuk untuk sampai di lokasi tersebut dengan jarak perjalanan selama 12 jam dari Kota Kinabalu.

“Selepas di Long Pasia, penyampaian bantuan itu diteruskan di kawasan Beaufort, Kemabong, Tenom dan Sipitang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jenuin (kanan) dan Remy (kiri) mengambil gambar kenangan bersama sumbangan pakej makanan yang disampaikan kepada penduduk terjejas banjir di Long Pasia

Menurut Jenuin, keadaan laluan yang mencabar serta jarak kawasan yang berjauhan menyebabkan penyampaian sumbangan itu terpaksa mengambil masa selama lima hari iaitu pada dari 23-27 Mei.

“Kita juga sangat berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah memberi kebenaran kepada persatuan ini untuk merentasi daerah bagi menjalankan aktiviti amal.

“Sepanjang perjalanan dan penyampaian pakej makanan, kita telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Hadir sama Presiden II Pandaras, Remy Kisi dan beberapa ahli persatuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN