Benedict(dua kanan) menyampaikan hadiah kepada wakil pemenang Johan diperhatikan Haimin (kanan) dan Julubin (dua kiri).
RANAU: Dengan hayunan tangan yang konsisten dan meyakinkan para pemain Pasukan Palvot B dari Kg.Paka Dua untuk muncul ‘Juara’ keseluruhan pada Kejohanan Bola Tampar (Lelaki) Jemputan peringkat Mukim Lohan di Gelanggang Lohan Vikings Volleyball Club bermula 11 Disember dan berakhir petang tadi (12 Disember).
Naib johan yang tewas 2-0 dengan Palvot B disandang oleh pasukan RSVT B dari Kg.Tanah Merah mengetepikan pasukan Palvot A juga dari Paka Dua di tangga Ketiga dan disusuli pasukan Viking B menduduki tempat keempat daripada 12 buah pasukan mengambil bahagian pada kejohanan yang julungkali diadakan sejak pandemik Covid-19.
Kejohanan itu, merupakan anjuran bersama JPKK Lohan 1 dengan kerjasama Kelab Harapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan Lohan Vikings Volleyball Club, bertujuan memupuk perpaduan dikalangan pemain dengan komuniti setempat disamping mencungkil bakat dan potensi para peserta dalam bidang sukan Bola Tampar yang boleh diketengahkan untuk mewakili daerah khususnya Mukim Lohan ke kejohanan lebih mencabar pada masa akan datang.

KENANGAN…Sebahagian peserta kejohanan merakam gambar bersama Benedict.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Benedict Gunda.
Benedict dalam ucapan ringkasnya, memuji Jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengelola kejohanan meskipun masih suasana pandemik Covid-19 belum berakhir.
“Apa yang lebih penting ialah kejohanan berjalan lancar dan teratur dengan pematuhan SOP ketat termasuk para penonton sepanjang kejohanan”, tegas Benedict.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kejohanan, Haimin Saei ketika ditemui merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Benedict bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga penyertaan daripada semua pasukan mengambil bahagian kejohanan tersebut.
“Kami juga berterima kasih kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau kerana menaja kejohanan pada kali ini.
“Kejohanan siri pertama ini merupakan permulaan atas anjuran kami dan akan merencang mengadakan siri kedua pada masa akan datang tertakluk kepada kewangan kami dan kesesuaian masa mengadakan kejohanan”, tambah…..
Hadir sama menyaksikan kejohanan itu ialah, Pengerusi Penganjur, Haimin Saie dan Pengerusi Kelab Harapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Julubin Harun.