26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PAL dan LIS kukuhkan Kerjasama dalam sukan Akuatik

KENANGAN…. Su Thian Song (kanan) bersama Jaffree (tengah) dan Alfhian (kiri). Turut kelihatan, Nurul Shadiqah dan Genemar 



LABUAN: Persatuan Akuatik Wilayah Persekutuan Labuan (PAL) akan terus memperkukuhkan kerjasama  dengan Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) khususnya dalam pembangunan sukan akuatik di Wilayah Persekutuan Labuan.

Demikian diberitahu oleh Presiden Persatuan Akuatik Labuan, Su Thian Song pada majlis Kunjungan Hormat persatuan itu terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Antarabangsa Labuan, Jaffree Ismail di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Turut sama dalam kunjungan hormat yang julung kalinya diadakan itu ialah Setiausaha persatuan itu Alfhian Jeffri Chin.

Menurut Su, pertemuan yang diadakan dalam suasana harmoni itu turut menjelaskan peranan dan fungsi PAL  dalam melahirkan atlit renang Labuan termasuk atlit renang Sekolah Antarabangsa Labuan yang sering mencapai kejayaan dalam pertandingan di peringkat negeri mahupun diperingkat kebangsaan.

“Sebagai pentadbir badan sukan akuatik, PAL telah merancang beberapa program pembangunan atlit dan jurulatih.

“Bagi menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi, PAL menggalakan kelab-kelab renang  yang ada di Labuan menjadi ahli gabungan supaya pengurusan kelab-kelab ini selari dengan misi dan visi PAL” katanya.

Sementara itu, Jaffree   dalam pertemuan itu memaklumkan Kelab Renang LIS Marlin telah pun diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia baru-baru ini.

Jaffree berkata, sebagai sebuah kelab renang berdaftar pihaknya bersetuju supaya  LIS Marlin menjadi ahli gabungan PAL.

“Kami berharap PAL dapat mengangkat  atlit-atlit renang yang berpotensi ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus dapat mengharumkan nama PAL dan Labuan “ katanya.

Menurut Jaffree, LIS  mempunyai prasarana sukan akuatik yang terbaik di pulau ini dengan memiliki kemudahan  kolam renang dan papan anjal yang  bertaraf olimpik.

“Selain menjadikan LIS sebagai kecemerlangan dalam bidang akademik, kami juga mahu LIS sebagai pusat kecemerlangan sukan akuatik” katanya.
Dalam pada itu, PAL akan membantu  mempromosikan LIS sebagai Pusat Kecemerlangan Akedemik dan Sukan di  Labuan.

Su turut mengucapkan tahniah kepada LIS diatas  pelantikan Jurulatih Kelab Renang LIS Marlin, Nurul Shadfiqah Faisal oleh Majlis Sukan Labuan  sebagai  sebagai Jurulatih Renang bagi Program BAKAT Labuan.

Turut hadir bersama ialah, Jurulatih  Bahagian Unit Sukan LIS,Genemar Harun.





ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN