31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Paip Air Usang  di Labuan perlu diganti segera-Rozman

GAMBAR:TAKLIMAT…. Rozman mendengar taklimat mengenai masalah kekerapan terputus bekalan  air yang disampaikan oleh Pengarah BBAL, Trinil Indah Pupita.

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengesa kerajaan Persekutuan  segera menyalurkan peruntukan yang secukupnya untuk mengganti paip air  yang terlalu  uzur di pulau ini

Beliau berkata, terdapat 150 kilometer daripada 600 kilomenter paip agihan air di pulau ini dalam keadaan uzur yang berusia  lebih 30 tahun.

  “Kita  mengharapkan kerajaan Persekutuan  akan terus memberikan perhatian dengan  meluluskan  segera peruntukan yang dipohon oleh Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) bagi mengganti paip yang terlalu uzur  bagi mengelakkan  berlakunya paip bocor dan pecah.

“Memang terdapat kerja-kerja pembaikan, penggantian dan pembangunan yang sudah siap, sedang  dan akan dilaksanakan sejak tahun 2010 membabitkan peruntukan RM395 juta seperti mana yang dimaklumkan oleh Pengarah Bahagian Bekalan Air Labuan, Puan Trinil Indah Pupita” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mendengar taklimat mengenai isu-kekerapan bekalan air bersih terputus  di Labuan yang diadakan di pebabat Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, peruntukan yang telah di luluskan itu  masih terlalu jauh dan belum mencukupi sepenuhnya,  ini kerana penggantian paip uzur sepanjang 150 kilomenter itu akan memakan kos yang agak tinggi.

Dalam waktu yang sama beliau berpuas hati dengan pasukan BBAL yang amat komited serta sentiasa melakukan  yang terbaik bagi mengelakkan rakyat terus mengalami kesengsaraan akibat kekerapan terputus bekalan air.

Sementara itu,  BBAL dalam taklimatnya  menjelaskan telah dan sedang  melaksanakan lapan projek yang bermula sejak tahun 2010 membabitkan peruntukan sebanyak RM395 juta.

Lapan projek yang telah siap dan sedang dilaksanakan termasuklah Projek Menaiktaraf dan Mengganti Sistem Agihan Bekalan Air sedia ada di sepanjang Jalan Mohd Salleh dan Jalan Bebuloh dari persimpangan Tun Mustapha hingga ke Terminal Minyak Mentah Shell Kiansam. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Selain itu BBAL juga sedang melaksanakan  Penggantian Paip AC dari Tangki SGI ke Kawasan Industri Rancha Rancha sepanjang 6 kilomenter.

Pihak BBAL juga sedang giat menyiapkan  projek pembinaan sebuah tangki simpanan di Bukit Lajau

 bagi meningkatkan Sistem Simpanan dan Bekalan Air bagi penduduk Kampung Lajau dan Ganggarak.

Turut akan dilaksanakan  ialah penggantian paip pumping di Pulau Enoe dimana pihak BBAL sedang  dalam proses memuktamatkan tender.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN