BERGAMBAR BERSAMA PEMAIN…Mohd Arifin (berbaju merah), Dzulkrenain, Nor Isham, Haji Ahmad, AJK PAPIM bergambar kenangan dengan pemain-pemain dan Pengurus OSTC dan Poletknik sebelum separuh akhir pertama dijalankan.
MEMBAKUT: Pasukan OSTC B dari Beaufort menjuarai Kejohanan Gegar Takraw Merdeka merebut Piala Penaung Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM), Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif yang berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad di Dewan Kesenian Islam Pekan Membakut.
Sebanyak 33 pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Tertutup untuk Dewan Undangan Negeri Membakut ini dan juga pasukan-pasukan jemputan dari Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan Kota Kinabalu ini.
Dalam pertandingan akhir OSTC B bertemu dengan Team Wow juga dari Beaufort yang berkesuduhan dengan OSTC B menang dengan dua set perlawanan. Pasukan Poletiknik A Kota Kinabalu yang tewas diseparuh akhir oleh OSTC B dan Team Wira dari Papar yang tewas kepada Wow juga diseparuh akhir menduduk tempat ketiga bersama.
OSTC B membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, piala dan sijil penyertaan manakala Wow menerima wang tuani RM1,000 dan sijil manakala Politeknik Kota Kinabalu A dan Wira masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil.
Pemain Killer Terbaik dimenangi oleh Mohd Fariz Mohd Guntur pemain jemputan Wow dari Papar manakala Feeder Terbaik Johari Bin Ohdin juga pemain import Wow berasal dari Petagas dan Tekong Terbaik dimenangi oleh Muhamad Kahar dari OSTC B, pemain import dari Putatan. Mereka masing-masing menerima wang tunai RM100 dan sijil.
Anugerah Misteri yang tidak dimasukkan untuk hadiah dalam pertandingan ini dan dirahsiakan oleh penganjur iaitu untuk Pasukan Terbaik, pihak penganjur memilih KTC B dari Kimanis yang menerima sebuah Piala,wang tunai RM100 dan sijil. Anugerah ini berdasarkan kepada disiplin pasukan, kurang bantahan, menenpati masa pendaftaran dan masuk gelanggang.

SAMPAIKAN PIALA… Awang Zulkrenain menyampaikan Piala Juara kepada pengurus OSTC B sambil disaksikan oleh AJK PAPIM dan para pemain.
Hadiah juara hingga tempat ketiga disampaikan oleh Penasihat PAPIM yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Awang Dzulkernain Haji Awang Hassan mewakili Menteri Sais,Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.
SEmentara hadiah-hadiah untuk Pemain-Pemain Terbaik oleh Pengerusi Penganjur, Nor Isham Narawi dan Pasukan Terbaik oleh Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Penaung PAPIM juga sempat menyaksikan perlawanan separuh akhir antara OSTC B menentang Politeknik A digelanggang A dan WOW menentang Wira di gelanggang B sebelum beredar untuk acara rasmi yang lain.

BERSAMA PEMENANG…Kesemua pemenang bergambar kenangan dengan penganjur sambil Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong menyampaikan cederakenangan kepada Dzulkrenain.
Kejohanan pertama kali anjuran PAPIM, badan ngo yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu ini mendapat sokongan dari Persatuan Sepak Takraw Sabah (ASTAKA) dan Persatuan Pengadil- Pengadil Sabah (PPSS) untuk memberikan pendedahan kepada para peain sepak takraw dari Daerah Membakut dan daerah-daerah berdekatan untuk menimba pengalaman dari pemain bertaraf negeri, Sukma dan STL.
Memandangkan sambutan hangat yang diberikan oleh pemain dan peminat- peminat sepak takraw di daerah ini dan sebagai menyahut cadangan Menteri STI, Datuk Haji Mohd Arifin, PAPIM merancang mengadakan Kejohanan Terbuka Membakut sebagai acara tahunannnya pada tahun hadapan.
Pada acara itu juga diselitkan poster-poster kecil #JusticeForZara sebagai tanda solidiriti PAPIM terhadap kematian adik Zara Qairina Mahathir di Asrama Sekolah Agama Tun Mustapha Kinarut lebih sebulan lalu untuk meminta keadilan dan siasatan punca kematian pelajar ini.



