ADVERTISEMENTspot_img

OSBIC sebagai pusat rujukan pemain industri serta komuniti perniagaan-Mohd Husni

MOHD HUSNI menyampaikan cenderahati kepada pempamer dari CIDB.

LABUAN: Pemain industri dan komumiti perniagaan di sini kini lebih mudah mendapatkan maklumat dan kelulusan daripada Institut Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta e-Permit melalui One Stop Business Information Centre (OSBIC) yang boleh diekses di laman sesawang rasmi Perbadanan Labuan (PL).

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhamad Salleh berkata, OSBIC yang diwujudkan awal tahun ini juga dapat memberi pendedahan kepada pemain industri bagi melancarkan proses permohonan import melibatkan kelulusan SIRIM dan CIDB).

“Inisiatif seperti ini penting dalam memperkasa komuniti usahawan dan pemain industri pembinaan dengan maklumat serta sokongan teknikal menyeluruh, termasuk piawaian, inovasi teknologi dan pematuhan industri” katanya ketika berucap merasmikan Program Jarayawara One Stop Business information Center (OSBIC) di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan di sini, pada Ahad.

Jelas Mohd Husni lagi, OSBIC juga mampu membantu membina rangkaian strategik serta merancakkan ekosistem keusahawanan dan pembangunan ekonomi Labuan.

Katnya lagi, Labuan perlu memantapkan kedudukannya sebagai pusat perniagaan dan kewangan berdaya saing diperingkat antarabangsa.

“Oleh itu usaha memperkukuh sistem sokongan perniagan yang mantap, effisyen dan berinovasi amat penting untuk memastikan perniagaan sentiasa relevan”, katanya.

Program Jarayawara yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama SIRIM dan CIDB telah disrrtai seramai 150 peserta yang terdiri pemain industri dan pempamer dari agensi kerajaan dan swasta.

Antara pempamer yang menyertai program tersebut ialah Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Jabatan Imigresesn, Jabatan Perangkaan, Persatuan SME Labuan, Perkeso, MAQIS, Unit Pusat Setempat (OCS), SIRIM Berhad, SESB, Perbadanan Labuan dan Gohson

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN