30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ORANG RAMAI, KOMUNITI DAN NGO DIJEMPUT HADIR KE HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU 27-28 OGOS INI

Cik Foo Lee Yen,

RANAU: Semua Ibu bapa, komuniti, NGO dan orang awam termasuk pembekal perkhidmatan, pengusaha kantin dan kontraktor pembinaan, keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan serta warga sekolah dijemput hadir untuk memeriahkan program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah yang diurusetiakan oleh Sektor Perancangan PPD Ranau selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Ogos ini berpusat di Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Program tersebut yang akan dihadiri oleh semua warga PPD Ranau, semua Yang Dipertua PIBG, semua pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun pada hari pertama.

Antara aktiviti menarik sepanjang program itu ialah pameran pendidikan bagi Kluster Sekolah, Kluster Pembelajaran, Kluster Sukan, Kluster Kokurikulum & Kesenian, Kluster HEM, Kluster Perkhidmatan Digital dan Kluster Perkhidmatan Pengurusan.

Selain itu Kaunter Khidmat Pelanggan Perbankan, Program Derma Darah, Gerai Foto, Gerai Jualan, Tajaan Lagu, Persembahan Pelajar, Sukaneka, Senamrobik, Cabutan Nama Bertuah dan penayangan montaj sekolah seluruh daerah turut disediakan oleh pihak penganjur.

Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan (Menanggung Kerja Pegawai Pendidikan Daerah), Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Cik Foo Lee Yen ketika dihubungi media Borneo Daily Bulletin berkata, bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun 2022 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan satu program “Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan.”

Program ini merupakan satu usaha kolaboratif untuk menguar-uarkan kepada masyarakat berkaitan projek serta inisiatif KPM. Pelbagai aktiviti sepanjang program tersebut termasuklah Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diadakan secara serentak melibatkan semua PPD seluruh negara.

Di peringkat PPD Ranau, pelaksanaan program ini yang dinamakan “Program Transformasi Daerah (DTP): Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Tahun 2022 akan diurus setia dan diselaraskan oleh Sektor Perancangan dengan kerjasama semua sektor di PPD Ranau.

Pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP): Hari Terbuka PPD Ranau Tahun 2022 ini diharap akan dapat menyalurkan dasar dan hala tuju KPM dan JPN, menyebarkan maklumat yang berkaitan pendidikan serta memberi pemahaman kepada warga pendidikan dan masyarakat.

Antara objektif program ialah Menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh (Stake holders), pelanggan & rakan strategik dan Mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil murid dan guru melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN