29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Orang Ramai Dinasihatkan Mematuhi SOP Di PPV.

Gambar: Rafie Robert.

KENINGAU: Masyarakat tempatan dan warga asing yang hadir mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini diseru untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU Sabah, Rafie Robert berkata, SOP perlu diberi keutamaan pada setiap masa khususnya ketika beratur menunggu giliran mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Jelasnya, ini bagi mengelakkan terdapatnya kluster baharu disebabkan oleh ketidakpatuhan ketika beraturan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19

“Walaupun mereka hadir untuk mendapatkan vaksin bagi meningkatkan imuniti badan tetapi mereka juga mampu dijangkiti Covid-19 ini dan boleh membawanya ditempat lain seterusnya menjangkiti orang lain terutama mereka yang belum divaksin.

“Oleh itu, bagi yang sudah mendapatkan vaksin dan sudah lengkap mendapatkan vaksin dinasihatkan juga untuk terus mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan virus ini, kerana masih ramai lagi yang belum menerima vaksin,” jelasnya ketika dihubungi di sini.

Beliau yang juga Ketua Armada Bahagian Keningau turut mengingatkan agar orang ramai dapat menjaga kebersihan di kawasan PPV termasuk lah di ruang tempat beratur.

“Ini adalah asas kita iaitu selalu menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sesuka hati di kawasan tersebut, kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, orang ramai juga diingatkan untuk hadir bagi melengkapkan vaksin dos kedua bagi melindungi diri secara optimum daripada penyakit Covid-19 ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN