31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ops Bersih COVID besar-besaran di Kiansam kekang penularan wabak COVID 19 masyarakat setempat

RITHUAN (kiri) bersama anggota yang terlibat Ops Bersih COVID 19 di SPMP  Kiansam.

LABUAN:  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri  (JKN) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Labuan melaksanakan Op Bersih COVID 19 secara besar-besaran bagi pengesenan kes aktif (ACD)  di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiansam awal pagi kelmarin.

Pengerusi JPBD Labuan, Rithuan Ismail berkata, operasi berkenaan bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID 19 daripada terus merebak  di kawasan yang padat penduduk.

“Operasi ini juga adalah sebahagian daripada usaha JPBD dalam mengawal penularan COVID 19 daripada merebak ke kawasan lain” katanya ketika ditemui dalam operasi tersebut di Kiansam, kelmarin.

Beliau berkata, dalam operasi itu pihak Jabatan Kesihatan  telah menjalankan pengesanan kes aktif (ACD)  dari rumah ke rumah menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) yang  melibatkan kira-kira 5,000 penduduk di kawasan tersebut.

“Pengesanan kes aktif ini akan meliputi semua penduduk di penempatan itu  merangkumi pelbagai usia dan warganegara.

 “Tiada seorang pun ahli keluarga yang terlepas daripada melakukan ujian saringan…dan mereka akan diberikan gelang yang akan ditanggalkan apabila keputusan ujian negatif pada keesokan harinya, katanya.

Jelas Rithuan lagi, penempatan pelarian di Kiansam adalah satu daripada kawasan yang merekodkan paling banyak kes COVID-19 dengan kematian.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata SPMP di Kiamsam  adalah kawasan setinggan yang sempit dan  kurang bersih  yang boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk, justeru operasi ACD besar-besaran itu amat penting.

“Penempatan di sini yang kurang bersih dengan penduduknya terpaksa tinggal bersesak-sesak di dalam ruang yang kecil…tentu sahaja virus mudah merebak,” katanya.

Dr Ismuni berkata aktiviti ACD itu juga sebagai persiapan sebelum pembukaan sektor ekonomi di pulau bebas cukai itu kerana ramai daripada penduduk di situ bekerja di pusat bandar.

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Mohd Hafiez Daud yang turut bersama dalam oprtasi itu berkata,  terdapat sejumlah 733 rumah yang dihuni kira-kira 5,000 orang dengan kebanyakannya pemegang IMM13 dan Burung-Burung, pas lawatan sosial untuk pelarian Filipina.

“Op Bersih COVID-19 SPMP ini dijalankan secara mengejut dan kami mendapat kerjasama daripada penduduk kerana bilangan yang tampil membuat ujian saringan sangat menggalakkan.

“Keputusan untuk mengadakan operasi ini dibuat dalam masa 24 jam selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan dengan kekuatan 110 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), MKN Labuan dan Jabatan Kesihatan terlibat dalam operasi ini,” katanya.

Sementara itu, pihak PDRM telah  mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk penempatan itu dan sekatan laluan air yang di kawal oleh pasukan polis marin bagi mengekang penduduk kawasan tersebut melepaskan diri dari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN