GAMBAR: ANGGOTA Maritim ketika melakukan Op CARILAMAT terhadap mangsa di perairan Lamidan
LABUAN: Operasi CARILAMAT ke atas seorang mangsa lemas di perairan Lambidan Menumbok ditamatkan hari ini selepas pencarian selama empat hari tidak menemui sebarang petunjuk positif.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu telah menamatkan operasi CARILAMAT pada jam 6.30 petang kelmarin (Jumaat) dan keputusan dibuat setelah mengambil kira tiada sebarang penemuan atau petunjuk ditemui pasukan di lapangan sepanjang lima hari operasi.
“Walau bagaimanapun, pencarian dan pemantauan akan diteruskan agensi masing-masing yang bertugas menerusi operasi harian mengawal pesisir pantai, laut dan sebagainya” , katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Menurut Nudin, Operasi CARILAMAT selama lima hari melibatkan seramai 45 anggota dari pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam serta RELA bagi melaksanakan pencarian.
Sementara itu katanya, Keluasan keseluruhan sektor CARILAMAT merangkumi 184 batu nautika dengan lima aset telah diaturgerak sepanjang lima hari operasi.
“Maritim Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Jabatan dan Agensi serta komuniti maritim yang terlibat dalam usaha pencarian ini” katanya.
Jelas beliau, komuniti maritim diseru untuk terus meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut menggunakan talian 999 (MERS) atau 087-4Operasi Carilamat (SAR) bagi kejadian dua warga Singapura yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing ditamatkan sekitar jam 9 malam tadi.
Pada Isnin lalu, seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Sarizal Salleh, 39 dikhuatiri lemas ketika memukat di perairan Lamidan.