27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

NOTIS SEMAKAN PENGHAKIMAN NAOMI FRANCIS “IRON LADY” TELAH DISERAHKAN  KEPADA MDR.

RANAU: Notis Semakan Penghakiman yang difailkan “Iron Lady” Puan Naomi @ Neomi Francis, 55, ke atas Majlis Daerah Ranau (MDR) telah diserahkan pada Selasa.

Menurut sumber, notis tersebut diserahkan melalui firma Marcel Jude & Co.

“Permohonan Semakan Penghakiman Naomi dibuat di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu,” kata sumber.

Naomi sebelum ini mencabar semakan semula  Prosedur Operasi Standard (SOP) dikuatkuasakan oleh MDR yang menetapkan peniaga dan pembantu lengkap divaksin diberikan kebenaran berniaga.

Menurut Naoumi, semakan penghakiman itu dibuat bagi mencabar SOP dikuatkuasakan MDR kerana telah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di bawah:

Perkara 5 – Kebebasan Diri
Perkara 8 – Kesamarataan
Perkara 9 – Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
Perkara 13 – Hak Terhadap Harta

Pada 26 September lalu, Naomi seorang penjaja makanan di Pasar Besar Ranau mencabar SOP yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan, setelah dia diberi amaran untuk diberi vaksin dalam seminggu atau menghadapi denda RM2,000 hingga RM50,000.

Naomi yang menerima surat amaran dari Majlis Daerah Ranau (MDR) pada 21 September, mengajukan semakan kehakiman terhadap MDR dengan alasan bahawa semua SOP yang berkaitan dengan sekatan ke atas orang yang tidak divaksinasi bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN