MARAK...API marak membakar sebuah rumah jenis tidak kekal yang didiami mangsa di Kampung Matan, kira-kira 2 kilometer dari pekan Ranau.
RANAU: Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Matan, di sini, semalam..
Mayat dikenali Jafflan Sigal, berusia 60, dan cucunya Rycca Dcarllavraquella, berusia empat tahun ditemuiĀ pasukan bomba di dalam sebuah bilikĀ sejurus api dipadamkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.53 malam berhubung kebakaran itu.
Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah digegaskan ke tempat kejadian yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari BBP Ranau.

Ridwan Mohd Taib…Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau
āSebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar seterusnya bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
āHasil pemeriksaan menemui dua mangsa rentung di dalam salah sebuah bilik,ā katanya ketika dihubungi media.
Menurut Ridwan, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
āOperasi terkawal pada jam 11.45 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,ā katanya.