27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Nelayan asnaf  terima bantuan Bakul Makanan MAFI Prihatin

PENERIMA  bantuan MAFI Prihatin bergambar kenangan bersama Rithuan (duduk barisan tengah) dan tetamu jemputan  yang hadir pada program tersebut.

LABUAN: Seramai 30 nelayan asnaf dan nelayan yang terjejas akibat pendamik COVID 19 di pulau ini menerima bakul makanan  MAFI Prihatin dan Jalur Gemilang  sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sempena  Sambutan Hari Kemerdekaan ke 64 dan sambutan 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Program    yang di adakan di Jeti LKIM, Kiansam itu  disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Mohd Hafiez Daud, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili, Pengarah LKIM Labuan, Mohd Faisal Ab Ghadin dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Labuan,  Abd. Zaid Abdullah.

RITHUAN  bersama tetamu jemputan menyaksikan  beberapa bot nelayan yang membawa Jalur Gemilang di hadapan Jeti LIKM.

Sementara itu, Mohd Faisal berkata, program  MAFI Prihatin yang dilaksanakan serentak di seluruh negara sempena Sambutan Hari Kemerdekaan  dan ulang tahun ke 50 LKIM merupakan simbolik  keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat LKIM bersama sama Persatuan Nelayan Kawasan Labuan bagi membantu  meringankan bebanan masyarakat nelayan  yang terjejas   akibat pandemik COVID 19.

Pada program itu, Rithuan bersama tetamu yang hadir turut melancarkan  ‘Flag Off’ perlepasan   15 buah  bot nelayan Zon A dan lima buah  bot nelayan Zon B yang membawa Jalur Gemilang  sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan  ke 64.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN