24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Naiktaraf Klinik Kesihatan Nabawan ke status Hospital Daerah

Senator Datuk Bobbey Suan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa menaiktaraf Klinik Kesihatan Daerah Nabawan ke status Hospital Daerah Nabawan.

Ahli Dewan Rakyat (Senator) Datuk Bobbey Suan berkata, justifikasi penaiktarafan itu dalam aspek kesihatan dan perubatan rakyat, ianya amat mendesak dan mesti diberi perhatian serius.

Katanya, dari aspek sosial, penaiktarafan itu sesuai dengan status Daerah Nabawan sebagai daerah penuh dan mempunyai Daerah Kecil Pegalungan yang terletak dengan sempadan Kalimantan Indonesia.

“Badan dan agensi-agensi kerajaan yang lain juga bakal diwujudkan seperti pembinaan balai polis baharu, briged PGA, pembangunan ICQS dan penaiktarafan jalan raya dari Pagalungan ke Pensiangan, sudah pasti akan turut meningkatkan populasi dan pesakit . Tambahan dengan kepesatan pembangunan dan kerancakan aktiviti ekonomi yang bersempadanan dengan ibu kota baru Indonesia, Nusantara.

“Dengan adanya Hospital Daerah, para penduduk di Parlimen Pensiangan dan kawasan berdekatan, akan berpeluang mendapat fasiliti kesihatan lengkap tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh ke Hospital Daerah Keningau atau Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan atau rawatan susulan dan akan mengurangkan bebanan kos perbelanjaan para pesakit yang tidak berkemampuan”, katanya.

Bobbey berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Persidangan Dewan Negara di Dewan Negara pada Rabu.

Katanya, Kerajaan Pusat wajib, harus mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana ia bukan lagi setakat dokumen perjanjian, tetapi merupakan sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata ia penting supaya rakyat Sabah dan Sarawak melihatnya sebagai satu keikhlasan dan bukan satu kegagalan.

Bobbey juga menyambut baik pemberian khas baru dibawah Perkara 112D yang dinaikkan sehingga RM300 Juta mulai tahun 2023,namun beberapa perkara harus dilaksanakan supaya Wilayah Sabah dan Persekutuan mendapat situasi yang menang-menang.

Antaranya ialah measukkan perkataan “pemberian interim” di dalam warta yang boleh dipinda bila-bila masa. Pemberian khas perlu dinaikkan sekurang-sekurang ke RM1 Bilion sementara menunggu formula 2/5 (40%) seperti yang termaktub dalam artikel 112C Perlembangaan Persekutuan dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga meminta Kerajaan Persekutuan menyatakan berapa jumlah hasil daripada 2/5 (40%) yang belum terbayar oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah sejak tahun 1963?

“Kami di Sabah hanya menuntut hak kami mengikut perlembagaan tetapi bukannya meminta-minta. Sabah amat setia, menghormati Kerajaan Pusat dan patuh kepada perlembagaan negara ini, seharusnya pihak Kerajaan Pusat juga berbuat demikian. “Afterall the Malaysian constitution recognizes our special rights as Sabahan and Sarawakian””, tegasnya.

Menyentuh pendidikan TVET, beliau memohon inisiatif rintis bukan saja melibatkan TVET Persekutuan sahaja, tetapi juga turut melibatkan institusi TVET di Sabah dan Sarawak.

Katanya, syarikat-syarikat GLC dan swasta yang terlibat juga perlu menawarkan pekerjaan kepada para belia di Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah penghijrahan mereka ke negara jiran termasuk Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, wujud kelompongan dan ketidakseimbangan dari segi perlaksanaan TVET di Sabah kerana Sabah yang berpopulasi seramai 3.59 juta orang, tetapi hanya satu Kolej Vokasional Pendidikan Khas diwujudkan jauh di Bahagian Pedalaman iaitu di Daerah Keningau yang menawarkan hanya dua (2) kursus TEVT Pendidikan Khas berbanding negeri-negeri di Semanajung menawarkan antara 6 hingga 11 kursus.

Menyentuh Program “Community Drumming” , Bobbey meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Rakyat untuk menjelaskan dan memperincikan modus operandi program ini di Sabah dan kadar keberhasilan program itu yang telah dilaksanakan di Wilayah Semenanjung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN