24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

NAFAS tidak terkecuali sokong agenda kerajaan

ZAMRI (tengah) bersama ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan  bergambar kenangan selepas melancarkan Agro Madani 2023.

Labuan: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tidak terkecuali dalam menyokong agenda dan hasrat kerajaan dalam memastikan ketejaminan makanan negara.

Pengerusi NAFAS, Datuk Zamri Yaakob berkata, NAFAS sentia meyokong apa juga usaha kerajaan bukan sahaja dalam memastikan keterjaminan makanan mencukupi tetapijuga sentiasa cakna dengan keperluan warga petani termasuk para pesawah yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kenaikkan harga barangan keperluan petani.

Sehubungan itu katanya, NAFAS telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu golongan petani antaranya  memastikan sistem penyampaian bantuan subsidi kerajaan  kepada petani  mengikut spesifikasi serta mengikut tempoh yang dutetapkan.

“Dalam pada itu, satu solusi baharu telah disusun oleh NAFAS sebagai langkah proaktif dalam menangani isu kelewatan pembekalan melalui kempen kearah Zero Late Delivery sebagai garis panduan NAFAS dalam memastikan pengeluaran hasil petani tanpa kelewatan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan  di Dewan Serbaguna Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan, dekat sini,  baru-baru ini.

Selain itu, Zamri berkata, NAFAS juga komited menjadi rakan kerjasama kerajaan kearah membantu usaha kerajaan  untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil serta  Tahap Sara Diri (SSL).

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan  Program Jualan Agro Madani 2023 yang melibatkan lebih 50 gerai usahawan tani yang menawarkan harga Rahmah Madani.

Hadir sama, Pengerusi  Ahli Jemaah  Pertubuhan Peladang Negeri Wilayah Persekutuan, Haji Bungso Mohammad.    

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN