ADVERTISEMENTspot_img

Nadher sumbang pingat SUKMA kedua Sabah

Gangsa Nadher pingat kedua Sabah di SUKMA XXII Selangor 2026. Gambar ehsan MSN Sabah.

Oleh: Vitalis G.Bingkasan

SELANGOR: Pingat kedua Sabah di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 juga gangsa  menerusi atlet judo Nadher Chan Yie Pah.

Nadher meraih pingat gangsa kategori bawah 66kg lelaki pada pertandingan yang berlangsung di Dewan Sukan, Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya hari, semalam (Sabtu).

Sebelumnya, atlet berusia 18 tahun dari Putatan itu menewaskan wakil Johor pada pusingan suku akhir untuk mara ke separuh akhir.

Harapan Nadher memburu pingat lebih baik bagaimanapun terhenti di separuh akhir apabila tewas kepada wakil Sarawak. 

Kekalahan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Nadher untuk terus bangkit 

menewaskan wakil Pulau Pinang untuk memastikan pingat berkenaan menjadi milik Sabah.

Kejayaan Nadher itu  menambah koleksi pingat Sabah kepada dua pingat gangsa setakat ini. 

Pingat pertama disumbangkan pelumba berbasikal bukit, Brenjen Bon Jacob menerusi acara Downhill Individu Lelaki di Saujana Utama pada Jumaat.

Sambil itu, Sabah dijangka akan mula menuai pingat lebih baik bermula Ahad.

Skuad pencak silat antara yang akan menjadi tumpuan selepas beberapa pesilatnya berjaya melepasi cabaran separuh akhir hari ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN