25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MUTIARA GRS, Wanita PBS ziarah empat kampung dalam DUN Kundasang

Linda (kiri) menghulurkan sumbangan kepada Rasimin Duasang dari Kg Kinandusan yang terlantar sakit akibat strok.

RANAU, 9 September 2024: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mengadakan Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang di empat kampung di sini, kelmarin (8 Sept).

Empat kampung terbabit ialah Kampung Pinausuk, Kg. Semuruh, Kg. Naradau dan Kg. Kinandusan.

Program ziarah itu diketuai oleh isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Seri Linda Ewit yang juga Naib Yang di-Pertua II MUTIARA GRS.

Seramai 11 warga emas sihat dan kurang upaya disantuni dan diberikan bantuan semasa program ziarah itu.

Linda juga turut menyampaikan sumbangan barangan dapur untuk balairaya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Induk dan Wanita PBS yang turut serta dalam program itu.

“Program yang sama telah juga dilaksanakan di Bundu Tuhan baru-baru ini,” kata Linda.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN