26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Faizikli, Nicklos, Vilbon dan Natahsa Soon, muncul juara ‘Fun Ride Mountain Bike Challenge 2021’

Para peserta bersama hadiah dan sijil yang dimenangi

KOTA BELUD: Cabaran lasak perlumbaan ‘Fun Ride Mountain Bike Challenge Kiau Taburi 2021’  menyaksikan Mohd Faizikli Jumah, dari Ranau, muncul juara ketegori lelaki terbuka 13 hingga 28 tahun dengan mencatat masa terpantas 34 minit 01.12 saat (s) mengetepikan pelumba lain yang berlangsung di Kiau Taburi, di sini, baru-baru ini.

Perlumbaan sengit itu seterusnya menobatkan Geogory Galing dari Tamparuli dengan catatan masa 34 minit 01.69s, meninggalkan pelumba dari Kota Kinabalu, Orly Domingo Oscar di tempat ketiga yang mencatat masa 38 minit 18.72s.

Para pemenang ketagori wanita terbuka

Saingan ketagori lelaki terbuka berumur 29 hingga 39 tahun pula menyaksikan Nicklos Minol (Kota Kinabalu), dinobat sebagai juara selepas mencatat masa 36 minit 50.08s, manakala Ady Martony Kaikin (Ranau-37 minit 46.07s) dan Yande Lajim (Kepayan-39 minit 06.00s), masing-masing menduduki naib johan dan tempat ketiga.

Sementara itu dalam saingan ketagori lelaki veteran, juara menjadi milik  pelumba dari Sandakan, Vilbon Madlan, menerusi catatan masa 32 minit 47.11s, meninggalkan Arzali Ahmad (Tuaran) di tempat kedua yang mencatat masa 34 minit 34.74s dan pelumba dari Papar, Jalie Ali Zaman yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas mencatat masa 35 minit 11.05s)

Affenddy Ting (kanan) merakam gambar bersama sebahagian peserta yang menyertai acara itu, pada Sabtu lalu

Selain itu, cabaran ketagori wanita terbuka telah diungguli pelumba dari Kota Kinabalu, Natahsa Soon yang turut muncul sebagai juara selepas mencatat masa 30 minit 01.96s, jauh meninggalkan pemenang naib juara iaitu pelumba dari Kota Belud, Nuryati Pulong. Nurhayati mencatat masa 39 minit 24.527s, sekaligus mengetepikan pencabar terdekatnya dari Tambunan, Nur Armilah Jafrin yang memperolehi 40 minit 32.36s catatan masa.

Para pemenang telah menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan.

Pada acara itu, seramai 165 penunggang basikal seluruh Sabah telah menyertai aktiviti lasak tersebut yan bertemakan “The Lost World of Kiau Taburi”.

Menurut pengasas Program Eko Pelancongan dan Sukan Berbasikal Affenddy Ting, program itu dianjurkan oleh masyarakat setempat dengan kerjasama kakitangan kerajaan dan turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Affenddy berkata, antara objektif program itu diadakan adalah untuk mempromosikan Kampung Kiau Taburi sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan di negeri ini.

Selain itu katanya, penganjuran sukan berbasikal ini sudah pasti akan memberi peluang kepada para peminat sukan lasak di seluruh Sabah untuk mengambil bahagian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN