24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor menyambut baik belanjawan negara 2025

Robert menandatangani plak perasmian Surau Mukim Bunga Raya.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menyambut baik belanjawan negara 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, belanjawan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita dapat mendengar peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri Sabah adalah RM6.7 billion.

“Jadi kita berterima kasih kepada kerajaan perpaduan madani yang memberi peruntukan yang besar kepada kerajaan Sabah.

“Harapan kita supaya peruntukan tersebut kita dapat laksanakan untuk keperluan rakyat Sabah di mana kawasan-kawasan di luar bandar adalah amat memerlukan seperti bidang infrastruktur jalan raya, bekalan air dan elektrik amat diperlukan oleh penduduk kampung di luar bandar” katanya kepada media selepas merasmikan Surau Mukim Bunga Raya di Kampung Tonobon Bunga Raya pada Ahad.

Beliau berharap saya supaya pihak kerajaan negeri Sabah dapat menyalurkan peruntukan tersebut kepada penduduk-penduduk di luar bandar supaya mereka dapat menikmati dan merasai pembanguanan di negeri ini.

Menyentuh bangunan baharu Surau Mukim Bunga Raya Robert berkata, ia biayayai kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah.

“Saya menyeru agar umat Islam di Mukim ini dan yang mempunyai lapan buah kampung manfaat bangunan baharu dan selesa ini untuk menajalan aktiviti keagamaan seperti pada bulan ramadan dan sambutan hari raya selain untuk menunaikan disolat” ujarnya.

Pada masa sama Robert berkata, beliau akan berusaha membantu setakat yang termampu kepada seluruh penduduk di kawasannya tanpa mengira anutan agama.

“Di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor yang saya wakili mempunyai pelbagai etnik dan kepercayaan masing-masing” jelasnya

Walaupun pun begitu katanya, beliau akan membantu sama rata mengikut kemampuan tanpa mengira kepercayaan dan ideologi politik mereka.

Pada majlis itu Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnap di Mukim Bunga Raya.

Selain itu beliau menyumbang empat buah penghawa dingin dan 50 buah kerusi untuk kegunaan surau tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN