MRSM Ranau di Kg.Tanah Merah, Ranau
RANAU:Bangunan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Ranau, dijangka siap sepenuhnya dan akan diserahkan kepada kerajaan pada September tahun ini.
Projek di tapak tanah berkeluasan 30 ekar bersebelahan Kompleks Sukan Ranau kini sudah 95 peratus siap.
Setelah bangunan MRSM itu siap kelak akan menjadi Gedung llmu kepada pelajar dari daerah Ranau dan kawasan bahagian Pedalaman Sabah.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Sulai bersama Pegawai Daerah Ranau , Jumain Abd Ghani, serta delegasi Petronas baru-baru ini, telah membuat lawatan ke tapak MRSM tersebut.
Datuk Rosmadi ketika di temui, mengharapkan proses penyiapan bangunan MRSM itu akan terus berjalan lancar sehinggalah penyiapan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
“Proses penyiapan bangunan MRSM ini, sepatutnya lebih awal tetapi pihak pelaksana projek (Kontraktor) menghadapi kekangan dari segi bahan peralatan binaan seterusnya penularan Pendamik Covid-19 dan keadaan cuaca yang tidak menentu”, tambah Datuk Rosmadi.