31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MPP Zon Labuan serah 270 kampit MyBeras secara pandu lalu

SERAH…. Mohd. Dzulfaizal secara simbolik menyerahkan kampit beras kepada Ketua Kampung Patau-Patau 1, Sabli Timbang sambil diperhatikan Chew Chin Hui (tengah) dan  Kapten Japlin.

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan menyerahkan secara keseluruhan 270 kampit MyBeras fasa 1  kepada MPP Sub Zon 1 dan MPP Sub Zon 2  untuk  diagihkan kepada  Ketua Kampung di zon masing-masing secara pandu lalu yang diadakan di balai raya Sungai Keling dan Balai Raya Kampung Pantai, pada Rabu.

Majlis penyerahan secara pandu lalu itu turut dipantau oleh Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah (PKOB) yang diketuai oleh Kapten (PA) Japlin Haji Siping daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan MPP Sub Zon 2 yang melibatkan 6 buah kampung menerima agihan MyBeras sebanyak 180 kampit, manakala MPP Sub Zon 2 yang membabitkan tiga buah kampung menerima sebanyak 90 kampit MyBeras

“Setiap kampung akan menerima 30 kampit beras yang diserahkan kepada Ketua Kampung masing masing untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang layak menerima bantuan tersebut” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Bantuan MyBeras  kepada Pengerusi MPP Subzon 2  Chew Chin Hui di Balai Raya Kampung Sungai Keling.

Jelasnya lagi, penyerahan kepada MPP Sub zon 3, 4 dan 5 akan dibuat secara berperingkat bermula pada Jumaat ini dengan konsep yang sama iaitu pandu lalu.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Timbalan Pengerusi MPP Zon Labuan, Haji Hadnan Mohamad, Setiausaha MPP Zon Labuan, Willy Lim dan  Pengerusi MPP Sub zon 1, Haji Abdul  Rahim Mohd Salleh.

Untuk rekod MPP Sub Zon 1 melibatkan 3  buah kampung yang terdiri Kampung Gersik, Pantai dan Batu Arang, manakala MPP Sub Zon 2 melibatkan 6 buah kampung yang terdiri Kampung Patau-Patau 1, Patau-Patau 2, Rancha-Rancha, Sungai Bangat, Sungai Keling dan Bukit Kalam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN