24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MPP Labuan bantu daftar komuniti dapatkan suntikan vaksin

BANTUAN MyBeras…. Mohd Dzulfaizal (kiri) dan  Timbalannya, Hadnan Mohammad bersama 160 kampit beras untuk diagihkan kepada  komuniti Kampung Lubok Temiang, Sungai Labu dan Kampung Layangan.

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wilayah Persekutuan Labuan akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan bagi membantu komuniti  mendapatkan  suntikan Vaksin COVID 19.

Pengerusinya, Mohd Dzulfaizal berkata terdapat dua kaedah untuk membantu penduduk kampung mendaftar iaitu kaedah pendaftaran  dalam talian (online) menerusi aplikasi (MySehajtera) dan secara manual mengunakan borang yang telahpun di agihkan kepada Ketua-Ketua Kampung.

 “Justeru itu katanya, penduduk kampung yang belum lagi mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin boleh lah berhubung dengan Ketua-Ketua kampung masing masing untuk mendapatkan borang pendaftaran suntikan vaksin” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan simbolik bantuan MyBeras untuk komuniti Kampung Lubok Temiang sempena Program Kayuhan Amal Bersama Pemimpin 2021 anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan  di Balai Raya Kampung Lubok Temiang, pada Ahad.

SERAH…. Bashir menyerahkan kampit beras kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

Majlis penyerahan bantuan MyBeras disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Mohd Dzulfaizal berkata, setakat ini pihaknya telahpun menerima  sebanyak 2,500 borang yang telahpun lengkap diisi yang akan diselaraskan dengan  data  dalam MySejahtera.

Terdahulu  sebelum itu, Pengerusi Jawatakuasa Bencana Daerah (JBPD) Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail berkata, sehingga kini seramai 23,000 individu sudah pun  dalam Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PIJK) [eringkat Labu8an melalui aplikasi MySejagtera.

Bagaimanapun jumlah itu katanya,  masih kecil berbanding 103,000 individu  warga Labuan yang  disasarkan  untuk menerima suntikan vaksin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN