32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MPP  Labuan anjur  Program Kerjaya Startup  untuk golongan muda

NAZEERA (dua dari kiri) bersama  barisan penganjur dan peserta yang mengambil bahagian pada program tersebut.

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan dengan kerjasama Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Sungai Lada (BELADA) menganjurkan Program Kerjaya Startup untuk golongan  muda yang diadakan di Bilik Rafflesia Ujana Kewangan, pada Sabtu.

Menurut Ketua Biro Pendidikan  dan Modal Insan MPP Zon Labuan, Nazeera Roslan seramai 20 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam atas dan pelajar university berumur 16 hingga 25 tahun.

Program yang  julung kalinya  diadakan  antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan  tentang alam pekerjaan dan berkongsi peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan para peserta.

SIJIL…. Nazeera menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program kerjaya startup untuk anak muda.

“ Program ini salah satu inisiatif MPP Zon Labuan dalam membantu golongan muda menghadapi situasi temuduga dan penyediaan dokumentasi seperti resume dan visume, serta bagaimana melihat ruang dan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan para peserta” katanya kepada BDB, di sini kelmarin.

Dalam pada itu beliau berharap program ini akan dapat memberikan manfaat kepada golongan sasar (anak muda) di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN