27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MPP, JaPen serah pelitup separuh muka, Buku Budaya Norma Baharu kepada peniaga Pasar Tani Labuan

SIMBOLIK…. Mohd Dzulfaizal (dua kanan), Supian (kiri sekali) dan Helmi (empat dari kanan) dan Haji Hadnan (kanan sekali) menyerahkan pelitup separuh muka dan sanitizer serta buku Pembudayaan Norma Baharu secara simbolik  kepada peniaga Pasar Tani.

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Zon Labuan dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan telah menyerahkan buku dan risalah  Pembudayaan Norma Baharu dan Pelitup Separuh Muka serta Sanitizer kepada lebih 200 peniaga  termasuk pengunjung di Pasar Tani, dekat sini, pada Ahad.

Program yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 8.30 pagi itu telah diketuai oleh Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd. Dzulfaizal Abdul Manan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penarangan Labuan, Supian Musa, Pengarah Jabatan Sosial Ekonomi (JSE) Perbadanan Labuan, Helmi  Bali dan Timbalam Pengerusi MPP Zon Labuan, Haji Hadnan Haji Mohamad.

SERAHahli  MPP Zon Labuan ketika menyerahkan pelitup separuh muka dan risalah pembudayaan norma baharu kepada peniaga (tiga kiri) di Pasar Tani, pada Ahad.

Mohd Dzulfaizal ketika ditemui berkata,  penyerahan pelitup separuh muka dan sanitizer sumbangan  MPP Zon Labuan itu merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh MPP  bagi membantu gologan sasar   untuk sentiasa mengamalkan pengunaan  peralatan tersebut bagi melindungi diri daripada jangkitan wabak pendamik COPVID 19.

“Selain itu,  ia juga sebagai tanda sokongan dan komitmen MPP kepada Jabatan Penenarangan Labuan dalam usaha meningkatkan kesedaran  masyarakat mengenai kepentingan amalan Budaya  Norma Baharu” katanya. 

Dalam pada itu, Supian  menjelaskan pemberian Buku Pembudayaan Norma Baharu  dan risalah itu  adalah bagi memudahkan masyarakat memahami dan menghayati isi kandungan buku Pembudayaan Norma Baharu yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. 

“Masyarakat  perlu menghayati isi yang terkandung dalam buku Pembudayaan Norma Baharu bagi mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Salah satunya adalah konsep Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Menurut Supian lagi, Jabatan Penerangan akan terus membantu MPP Zon Labuan dalam menyebarluaskan kefahaman mengenai amalan norma baharu di  kalangan komuniti  pulau bebas cukai ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN