27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MPM pastikan kawasan terminal Labuan Liberty selamat daripada sebarang pencerobohan

KENANGAN…. Bakri (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada program tersebut.


LABUAN: Syarikat pengendali terminal Labuan Liberty Sdn. Bhd (MPM) bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan kapasiti dalam mengurus kontena dan kargo tetapi juga mempastikan kawasan berkenaan selamat daripada sebarang kegiatan jenayah dan juga pencerobohan.


Pengarah Urusan MPM Sdn. Bhd, Tan Sri  Mohd Bakri Mohd  Zinin berkata,  kawasan pelabuhan Labuan merupakan salah satu kawasan sasaran penting  dan larangan yang perlu diberi keutamaan oleh  syarikat bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada sebarangan pencerobohan dan aktiviti jenayah.


“Dari dudut keselamatan, MPM melihat terminal Labuan Liberty  merupakan kawasan larangan dimana semua aktriviti perlu dilaksanakan secara prosesional.
“Kita tidak mahu kejadian kejadian yang  diluar kotak kemampuan kita akan berlaku …seperti apa yang terjadi   disalah sebuah negara baru-baru ini” katanya.


Beliau berkata demikian dalam majlis Ramah Mesra Media bersama Pengarah Urusan MPM di ruang lobi Hotel Dorset Grand Labuan, petang Khamis.


Bakri menjelaskan, pihak syarikat akan mengambil pendekatan yang lebih ketat dalam mengawal sebarang aktiviti di kawasan kendalian MPM termasuk memperlengkapkan segala kemudahan yang berkaitan keselamatan.

Pada perjumpaan itu, Bakri turut berharap hubungan baik syarikat MPM Sdn, Bhd dengan pengamal media perlu terus diperkukuhkan agar maklumat syarikat dapat disebarkan dengan tepat sekaligus manbantu memperjelaskan menyelesaikan isu-isu yang mengelirukan orang ramai.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN