MPKK diminta laksana peranan dan tangggungjawab sebaiknya: Ewon Benedick

MPKK diminta laksana peranan dan tangggungjawab sebaiknya: Ewon Benedick

30/10/2019 0 By admin


RANAU: Menteri Pembangunan Luar Bandar , Datuk Ewon Benedick berharap agar semua Pengerusi, Setiausaha dan ahli-ahli jawatankuasa MPKK di setiap kampung dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai sebuah pasukan yang bekerjasama dengan kepimpinan dan jentera penyampaian kerajaan di daerah.

Katanya, tugas sebagai Pengerusi MPKK sangat mencabar kerana ekspektasi penduduk kampung yang begitu besar sedangkan peruntukan pembangunan adalah terhad. 

“Bagaimanapun selagi kita boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, kita sentiasa boleh mencari jalan penyelesaian kepada pembangunan kampung termasuk menganjurkan kerjasama dengan pihak swasta dan sektor korporat untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kampung masing-masing,” kata beliau.

Ewon menyatakan demikian dalam ucapanya semasa merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran MPKK bagi kawasan DUN Paginatan di Perkasa Hotel, di sini, pada Rabu.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian turut menambah bahawa Kabinet Negeri Sabah juga dalam mesyuarat tahun lepas telah bersetuju agar perlantikan Pengerusi MPKK akan dilaksanakan melalui proses pemilihan di peringkat kampung sebaik sahaja tempoh perlantikan MPKK sekarang tamat pada Disember 2020. 

“KPLB Sabah akan memperincikan bagaimana proses tersebut boleh dilaksanakan termasuk kriteria menjadi calon dan pemilih. Setakat hari ini, keputusan kabinet mengenai perkara ini adalah kekal dan kita akan kemukakan kepada kabinet pada tahun hadapan mengenai kaedah dan proses pemilihan MPKK ini. Bagaimanapun kita akan dipandu oleh keputusan kabinet kelak.

“Saya amat pasti Pengerusi MPKK yang ada sekarang akan dipilih semula oleh penduduk kampung bagi meneruskan perkhidmatan sekiranya telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sekarang,” katanya.

Kursus anjuran KPLB Sabah ini merupakan yang keenam telah diadakan setakat ini dan seterusnya akan diadakan bagi kawasan Kudat.-TAMAT-

Lagi peserta kursus teeima sijil penyertaan
EWON (ketiga kanan) menerima cenderahati disampaikan Pegawai Daerah Ranau, Yasain Ibrahim
Sebahagian Pengerusi dan Setiausaha MPKK, merakam gambar bersama Ewon dan Abidin.