29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

MP Ranau adakan Jelajah Rumah Terbuka Hari Raya

Tetamu yang hadir sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan (duduk tiga kanan) dan Mohd.Ayub (berdiri tiga kanan).

RANAU: Kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin ke lebih 50 lokasi penduduk kawasan Parlimen Ranau yang mengadakan majlis RumahTerbuka Hari Raya disifatkan sebagai Pemimpin Berjiwa Rakyat dan Pejuang Rakyat.

Ramai wakil ketua keluarga di beberapa buah rumah yang mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya itu yang dikunjungi Datuk Jonathan bersama rombonganya dari Pejabat Khidmat Rakyat Palimen Ranau merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan ke majlis yang diadakan.

“Saya mewakili keluarga kami berterima kasih atas kehadiran  Datuk Jonathan walaupun majlis Rumah Terbuka yang kami adakan  sederhana sahaja.

“Yang penting kami sekeluarga telah berkumpul selepas dua tahun berikutan pandemik Covid-19 dan dapat bertemu dengan pemimpin seperti Datuk Jonathan”, jelas Mohd Ayub Bin Jamirin dari Kg.Lohan Ranau.

Jonathan (tengah) dan rombongan, merakam gambar bersama tuan rumah, Aduka, sempena Rumah Terbuka Aidilfitri pada Raya kedua di Sinarut Baru

Dua orang lagi yang sempat ditemui ialah, Aduka Jasnin Suman dari Kg.Sinarut Baru dan Salwah Binti Aramat dari Kg.Napong 1, turut merakam.penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombongan ke majlis Rumah Terbuka Hari Raya mereka.

“Kami mengharapkan kehadiran Datuk Jonathan itu bukanlah yang terakhir sebaliknya satu permulaan bagi meningkatkan lagi silaturrahim sedia terjalin”, tambah Aduka mewakili keluarganya.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN