Rozman Isli
PARLIMEN | Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli meminta kerajaan persekutuan supaya mengembalikan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah jika tidak dapat membangunkannya.
Jelasnya, Sabah juga mempunyai keupayaan dan kewangan yang cukup besar untuk membentuk wilayah itu.
“Perlu untuk kita dengar dari kerajaan persekutuan sanggupkah melaksanakan tanggungjawab atau komitmen yang perlu dibuat apabila setuju mengambil Labuan dan dibangunkan seperti yang saya katakan tadi.
“Kalau tak setuju, it’s obvious (cukup jelas). Pulangkan hak-hak dan wang-wang yang perlu diterima kerajaan negeri Sabah.
“Sekiranya berlaku satu gerakan untuk membuat memorandum (oleh) orang-orang Labuan untuk kembali ke pangkuan Negeri Sabah atau keluar dari Wilayah Persekutuan.
“Adakah Labuan setuju dan menyokong langkah itu,” soal Mohamad.
Untuk rekod, pada 1984, Sabah memberikan Labuan kepada kerajaan persekutuan.
Labuan kini dikenali sebagai salah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia, selain Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Labuan diistyiharkan Pusat Kewangan Pesisir Antrabangsa IOFC dan pulau bebas cukai pada 1990. – Malaysia Kini



