Mohd Rafi ketika menyantuni para peniaga di pasar awam bangunan UTC, baru bari ini.
LABUAN: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan mengambil peluang menyantuni para peniaga di pasar awam Bangunan UTC di sini, baru baru ini.
Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, kunjungan beliau ke pasar awam merupakan salah satu program turun padang untuk mendengar keluhan dan rintihan para peniaga di pasar berkenaan yang mendakwa kehadiran pengunjung sejak kebelakangan ini agak suram sekaligus menjejaskan perniagaan mereka.
Selain itu beliau menyifatkan program tersebut juga adalah salah satu prinsip beliau yang menjadikan politik sebagai ibadah yang bukan sahaja dilakukan ketika berucap diatas pentas tetapi juga dibuktikan dengan tindakan membantu rakyat.
Pada program tersebut, Mohd Rafi turut membeli hasil jualan setiap peniaga yang disantuni untuk disedekahkan kepada pengunjung yang berada di pasar berkenaan.



