Mohd Rafi menerima watikah daripada Johari sambil diperhatikan Wee Jack Sing (kanan sekali) Dan Rajah (Dua dari kiri terlindung).
LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan Labuan.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima watikah pelantikan itu daripada, Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani yang diadakan disalah sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.
Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan watikah itu ialah Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Wee Jack Sing, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk Rajah Symon dan seluruh barisan pimpinan BN Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan setingi tinggi terima kasih kepada Presiden BN Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Himidi dn Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan atas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan Labuan.
“,Dengan kepercayaan ini ia akan menjadi tanggung jawab kepada saya bersama pemimpin BN di Labuan untuk terus membina kekuatan serta menyusun jentera parti, selain memperjuangkan masalah rakyat di pulau ini” katanya ketika dihubungi disini sejurus menerima watikah berkenaan.
Beliau turut menegaskan jentera BN Labuan telah mula digerakkan sselepas PRU15 bagi memastikan dan yakin bahawa sentimen rakyat terus kekal memihak kepada UMNO dan BN.
“UMNO Labuan sudah memulakan gerak kerja sejak PRU15 berakhir. Dengan kepercayaan yang semakin pulih terhadap UMNO dan BN, kami akan terus memperkukuhkan usaha untuk merampas semula kerusi P166 Labuan,” katanya.