27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Norizal, Emiziliana Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 peringkat Labuan

JOHAN… Anugerah Pertubuhan  Belia  Kelab  Anak Layangan (Kebal) peringkat Labuan dan ketiga peringkat kebangsaan   bergambar kenangan bersama Jalaludin dan dif dif jemputan

LABUAN:  Mohd Norizal Md. Jumat  dari Persatuan Belia dari Pertubuhan Kelab Belia Anak Layangan (Kebal)  dan Emiziliana Kamil dari Kelab Belia Inspirasi Pulau Labuan masing masing dinobat sebagai johan Anugerah Perdana Belia Negara kategori Individu lelaki dan Wanita 2021 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama tropi dan sijil.

Manakala naib johan bagi kategori lelaki dan Wanita masing-masing dimenangi  oleh  Ahmad Nazri Jamal dari Kelab Belia Anak Layangan (Kebal) dan Nazera Ruslan dari Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung  Sungai Lada (Belada) menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil.

Bagi kategori Pertubuhan Belia johan  sekali lagi dimenangi oleh Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) untuk menerima hadiah wang tunai RM10,000, tropi dan sijil, Naib johan dimenangi oleh Pertubuhan Belia dan Beliawanis Kampung Bukit Kuda  (PBBBK) menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil.

JOHAN  Anugerah Perdana Belia Negara Labuan kategori individu wanita Emizilia Kamil menerima hadiah daripada Jalaludin.

Selain itu, KEBAL juga memenangi tempat ketiga peringkat kebangsaan bagi kategori Pertubuhan Belia.

Sementara itu, Mohd Tarmizee Roslan dari Kelab Belia Kuaters 5 Labuan turut menerima pengiktirafan apabila diumumkan Penerima Anugerah Khas Majlis Belia Labuan (MBL) kategori lelaki.

Manakala bagi kategori wanita dimenangi oleh Nur Mirza Rassyiqah Nizam dari  Gabungan Belia  Beliawanis Pohon Batu.

Disamping itu, Rokiah Sarudin dianugerahkan  penerima Anugerah Khas Belia Sepanjang Zaman  MBL.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Jalaludin Alias sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadalan  salah sebuah hotel di sini, pada malam Ahad.

Terdahulu, Jalaludin ketika berucap pada majlis itu berkata, Majlis Sambutan Hari Belia dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.

“Pihak kerajaan  sentiasa menyokong  dan menghargai  sumbangan  golongan belia kepada pembangunan Negara” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN