Mohd Irsad Bin Wasin
RANAU: Dengan hayunan tangan yang menyakinkan serta penumpuan yang konsistan pada sasaran membawa tuah kepada Mohd Irsad Bin Wasin untuk muncul Juara keseluruhan selepas berjaya menjatuhkan sebanyak 19 Pin pada Kejohanan Melastik Santai Merdeka peringkat Kg.Tungou di sini pada Sabtu.
Dengan kejayaan itu, Mohd.Irsad membawa pulang hadiah berupa sebuah Stand Medal, bersama hamper dan wang tunai sumbangan individu dan Anggota Jabatan Sukarelawa Malaysia (RELA) Platun 0010 Kg.Tungou yang merupakan penganjur kejohanan yang julungkali diadakan itu.
Naib Johan disandang oleh Mohd Saidi Bin Sahibin menerima hadiah sebuah tropi, hamper dan wang tunai meletakkan Hazrin Bin Agustine@Jurus di tangga ketiga menewaskan 29 peserta lain yang mengambil bahagian bagi kategori lelaki.
Bagi kategori Wanita pula, Juara disandang oleh Cik Noreyani Binti Waily meletakkan Cik Rustifah Binti Waily di tangga Naib Johan dan Nur Janna Naim menduduki tempat ketiga daripada 16 peserta yang berentap bagi kategori tersebut.
Johan bagi Kategori kanak-kanak diberikan kepada adik Mohd.Zamry Bin Jusinin disusuli adik Mohd.Rasilin Bin Arusdin (naib johan) dan adik Rusli Ridwan menduduki tempat ketiga mengetepikan 8 peserta lain mengambil bahagian.
Semua hadiah telah disampaikan Ketua Rela Platun 0010 Kg.Tungou, Shamsul Martah dengan Penolongnya Tkr Masnah Masnin disaksikan para ahli Rela Platun 0010 bersama ratusan penduduk setempat.
Kejohanan itu merupakan sebahagian program yang dirancang oleh pihak Platun Rela 0010 Kg.Tungou bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’



