27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mobile Community Service Esperasi Anak Muda beri manfaat kepada golongan belia.

Robert diiringi oleh Nani dan Siti Norhaini menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi kerajaan yang membuat pameran pada program itu.

KENINGAU: Mobile Community Service Ekspresi Anak Muda Daerah Keningau anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) Daerah Keningau yang berlangsung di Dewan Arena Belia di sini kelmarin memberi manfaat kepada golongan belia (anak muda)di daerah ini.

Program kolaborasi bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO ) itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor dalam ucapannya berkata, program seumpaman ini amat berfaedah dan manfaat kepada masyarakat khususnya pada para belia.

Katanya, para belia perlu didedahkan pelbagai maklumat dan ilmu dalam menghadapi norma baharu dalam kehidupan masa kini.
“Tentunya, program yang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi serta kemudahan yang disediakan ini adalah sangat dialu-alukan kerana bukan sahaja bersifat menyeronokkan tetapi juga dapat membantu orang ramai khususnya belia berkenaan dengan pembukaan kaunter-kaunter perkhidmatan serta maklumat yang disampaikan” jelasnya.
Pada masa sama Robert berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan berharap ianya juga dapat dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu PMS dan AADK Keningau bersama NGO atas inisitif menganjurkan program itu dengan jayanya.

Pelbagai acara telah diadakan sempena dengan program tersebut.

Antaranya aktiviti Tukar Minyak Hitam Motorsikal Percuma, Gunting rambut percuma, Walking Message Skuad AADK, Pertandingan Lebih baik cegah TIKTOK Content Creator, Derma Darah, Kahoot Ekspresi Anak Muda dan Agihan kit Sanitasi.

Selain itu, belia didedahkan dengan Taklimat Lebih Baik Cegah AADK, Taklimat Kesihatan KKM, Program Belia dalam Organisasi JBS dan Taklimat Keluarga LPPKN.

Kaunter juga dibuka antaranya Jamin Kerja Mystep, Pendaftaran Ahli Baru KWSP, Sistem Insurans Pekerjaan ( SIP) Perkeso, Semakan Pemilih SPR, Pameran AADK, Pemeriksaan Kesihatan LPPKN, dan Daftar Haji, Buka Akaun dan Kemaskini Maklumat diri Tabung Haji .

Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sabah Tuan Nani Bin Sikin, Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Keningau Puan Siti Norhaini Bt Osli dan pemimpin-pemimpin NGO.

Robert (tengah) bersama pegawai-pegawai jabatan dan agensi yang membuat pameran bergambar dengan para belia yang mengikuti  program itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN