27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MITI sambut baik rancangan PL rangka Pelaburan RM1 Bilion untuk tempoh 2 tahun

Datuk Bashir Alias

LABUAN:  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyambut baik inisiatif Perbadanan Labuan untuk mensasarkan pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi tempoh dua tahun sehingga 2022.

Ia adalah usaha kerjasama antara pelaburan pengusaha tempatan dengan pelaburan pelabur-pelabur antarabangsa daripada negara China, Hong Kong dan Vietnam.

 Timbalan Menteri MITI Senator Datuk Lim Ban Hong berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mempunyai hubungan rapat dengan Perbadanan Labuan (PL) dan juga Labuan IBFC dalam usaha menggalakkan peluang pelaburan di pulau ini.

 Tambah beliau, MIDA Sabah merupakan ahli jawatankuasa kepada Jawatankuasa Pelaburan PL dan merupakan agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dipertanggungjawabkan untuk menaikkan pelaburan ke pulau bebas cukai ini.

 Oleh itu, usaha serta inisiatif yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan antaranya mengadakan perjumpaan dengan dewan perniagaan tempatan seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC),  Dewan Perniagaan dan Industri India Labuan( LCCI)  dan Dewan Perniagaan dan Industri Kadazan Dusun (KDDCI)  Labuan.

 Selain itu, MITI akan mengadakan program Seminar Jangkauan Industri, serta menyediakan fasilitasi pelabur berpotensi dan program misi pelaburan domestik spesifik ke pulau ini.

 Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Negara Labuan Senator Datuk Bashir Alias di Dewan Negara.

 Sementara itu, jumlah pelaburan yang dilaksanaakan dalam sektor perkilangan di Labuan dari tahun 1980 hingga Jun 2021 mencecah RM4.2 bilion.

Senator Datuk Lim Ban Hong berkata jumlah itu terdiri 28 buah projek dengan menyediakan lebih 3,600 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah nilai pelaburan itu, RM0.5 bilion atau 11 peratus merupakan pelaburan langsung asing manakala RM3.7 bilion atau 89 peratus merupakan pelaburan tempatan.

Jelas beliau, antara projek pelaburan utama yang telah dilaksanakan dalam pelbagai industri termasuk barangan petroleum dan pengilang makanan.

Selain itu, sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA jumlah pelaburan yang dilaksanakan bagi tempoh sama di Labuan adalah sebanyak 15 projek yang bernilai RM91.3 juta dengan 630 peluang pekerjaaan dalam aktiviti seperti hotel pelancongan dan perkhidmatan sokongan.

Katanya, daripada jumlah tersebut RM7.7 juta atau 8.4 peratus merupakan pelaburan langsung asing manakala selebihnya adalah merupakan pelaburan tempatan.

 Oleh itu, inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkatkan pelaburan bernilai tinggi seperti memelihara strategik antara kementerian, memperkenalkan dasar pelaburan baru, memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas sedia ada serta memberikan fasilitasi yang terlibat secara menyeluruh kepada para pelabur.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN