Kelihatan penduduk menurunkan barang-barang bantuan yang dihantar dengan helikaptor.
NABAWAN:Misi Penghantaran Bantuan Bakul Makanan air minuman dan ubat-ubatan kepada penduduk yang terjejas banjir di daerah ini dan daerah kecil Sook selama dua hari selesai sepenuhnya pada Isnin.
Kampung yang terjejas banjir pada Ahad lepas adalah Kampung Binanun, Pohon Batu Baru , Pohon Batu lama, Nangkawangan, Layon dan Pangaraan daerah Nabawan serta di Kampung Lumiri Tengah, Mamagun, Likowon dan Bonor di daerah kecil Sook.
Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil berkata, penghantaran Bakul Makanan dan bekalan ubat menggunakan dua buah Helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Jenis AW 139 (9M- PMA).
Katanya, agensi terlibat dalam misi penghantaran itu adalah Pejabat Daerah Nabawan 3 orang, PDRM 6 orang, APM 7 orang, MKN 1 orang, Jabatan Kebajikan Masyarakat 7 orang, RELA 9 orang Pejabat ADUN Nabawan 3 orang dan KKM 3 orang.
Sehubungan dengan itu Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah atas bantuan Logistik Helikapter dan semua agensi Jabatan yang terlibat dalam misi penghantaran bakul makanan tersebut.
Sementara itu penduduk yang terlbat mengucapkan terima kasih kepada ADUN Nabawan Datuk Abd Ghani Mohd Yassin, pihak PDRM kerana menyediakan helikopter untuk misi ini.
Mereka juga berterima kasih kepada Pejabat Daerah Nabawan, Jabatan Kebajikan Daerah Nabawan, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan dan semua yang terlibat.