ADVERTISEMENTspot_img

Mini Showcase Final Year Project: KV Labuan perkasa kompetensi dan kebolehpasaran graduan TVET

Nordin(empat dari kanan), Suraini (tiga dari kiri) bersama peserta program

LABUAN: Mini Showcase Final Year Project Labuan Vocational College Edition 2026 menampilkan 19 projek inovasi daripada lima program teknologi dalam satu platform pembentangan yang berlangsung di Bengkel DVM Teknologi Pemesinan Industri, Kolej Vokasional Labuan, baru baru ini

Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Nordin Akup ketika berucap pada majlis itu berkata projek inovasi yang dipamerkan bukan sahaja memberi impak kepada industri, malah turut menyumbang kepada komuniti setempat serta memperkasakan kemajuan TVET di samping meningkatkan daya saing bakal graduan TVET di Malaysia.

Beliau berkata penganjuran mini showcase ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi di peringkat kolej, di samping memberi pengalaman pembentangan projek secara profesional kepada pelajar
sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

‘Program ini juga membuktikan komitmen berterusan Kolej Vokasional Labuan dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, kreatif dan berdaya saing tinggi,’katanya.

Program anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Kolej Vokasional Labuan itu menghimpunkan penyertaan daripada program Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik.

Pertandingan ini telah dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Suriani Alland Rice Oxley, School Improvement Specialist Coach+ dari Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelbagai inovasi berasaskan keperluan industri dan komuniti telah dipamerkan merangkumi penghasilan peralatan bengkel, sistem automasi, produk kejuruteraan serta peranti pintar yang menonjolkan kreativiti dan kompetensi teknikal pelajar tahun akhir Diploma Vokasional.

Bagi anugerah utama, projek ‘Mecha Valve Tool: Inovasi Alat Bengkel Berkos Rendah bagi Mempercepat Pemasangan Valve Key Enjin’ daripada Program Teknologi Automotif telah meraih Anugerah Platinum di samping turut menerima Anugerah Pembentang Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Inovasi Terbaik Teknologi Automotif.

Anugerah Pilihan Juri pula dimenangi oleh projek ‘Box Remote Sensor’ dari Program Teknologi Elektrik, manakala Anugerah Pembentang Terbaik (Individu) disandang oleh Muhammad Asyraffuddin Al-Zikri Azaha menerusi projek ‘Bandsaw Stand Roller’ dari Program Teknologi Kimpalan.

Selain itu, projek ‘Easy Calliper Press’ dari Program Teknologi Automotif telah dinobatkan sebagai Poster Terbaik, sementara ‘Hydroaegis: Smart Community Flood Alert Network System’ dari Program Teknologi Elektronik memenangi Anugerah Booth Terbaik dan Anugerah Inovasi Terbaik Teknologi Elektronik.

Bagi kategori inovasi mengikut program, Anugerah Inovasi Terbaik Teknologi Kimpalan dimenangi oleh ‘Bandsaw Stand Roller’, Teknologi Pemesinan Industri oleh ‘Forklift With Hook Attachment’ dan Teknologi Elektrik oleh ‘Portable Soldering’.

‘

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN