27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Minat terhadap bunga tercetus ketika pandemik Covid-19

CANTIK…Airine memperlihatkan salah satu pokok bunga ‘Ati-Ati’ yang ditanamnya.

0leh: JAINUDDIN NASIR

RANAU: Minat mendalam terhadap bunga hidup seperti bunga’ Ati-Ati’ tetcetus berikutan pandemik Covid-19, yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Seorang peminat bunga ‘Ati-Ati’  anak kelahiran daerah Telupid, Airine Abidin memberitahu, yang minatnya menanam pokok bunga hidup mula tercungkil sejak masih bersekolah dan minat itu bertambah apabila melihat jiran dan kawan- kawan mengusahakan kebun bunga-bungaan yang boleh mendatangkan hasil. lumayan jika diusahakan cecara bersungguh-sungguh.

“Sekarang sya ada nenanam lebih 30 jenis bunga ‘Ati-Ati’ namun belum.menjualnya kepada orang ramai, setakat untuk mengisi masa lapang saya sahaja”, jelas Airine anak ketiga daripada lima beradik.

Menurutnya, mengusaha tanaman bunga hidup boleh menjana pendapatan sendiri dan menjadi tarapi  minda serta mengiburkan apabila melihat dan memerhati kecantikan dan keondahan pokok-pokok bunga  yang ada.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN