27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Michel luncur kejohanan bolatampar lelaki dan wanita

SUMBANGAN BOLA TAMPAR…Dari kiri Risot menyaksikan Rakman menyampaikan set bola tampar kepada Ketua Wanita

AOLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN A.JALIL MADARIN



TANDEK: Golongan belia disaran agar terus memperkasakan aktiviti sukan sebagai acara harian dan dijadikan acara kejohanan setiap bulan atau tahunan yang bertujuan melatih serta mencungkil bakat baru untuk diketengahkan dari peringkat kampung, Mukim kemudian ke peringat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.


Presiden Parti Impian Sabah (PIS) Michel Alok berkata, penglibatan golongan belia dalam bidang kesukanan sukan amat dibanggakan kerana golongan  ini bukan sahaja peneraju kepada sukan malah merupakan pemimpin pelapis kepada kepimpinan sekarang bagi meneruskan agenda perjuangan yang sedia ada


”Golongan jenerasi baru ini lah yang akan menjadi penerus agenda dalam memajukan negeri Sabah berdaya saing setandin dengan negeri-negeri lain di Malaysia,”tegasnya.


Katanya, Parti Impan Sabah sebuah parti politik di Malaysia yang berfokuskan kepada politik matang di negeri Sabah adalah  parti yang  ditubuhkan pada tahun 2023 bertujuan menjadikan ianya sebuah parti pilihan tempatan alternatif untuk rakyat Sabah.


Katanya, diantara agenda yang akan dilaksanakan jika diberi mandat oleh rakyat dalam  pilihan raya  Sabah tidak lama lagi, PIS telah menyusun atur beberapa agenda penting untuk dinikmati bersama oleh rakyat jelata.


Antara agenda itu kata Michel menaik taraf jalan raya dan pembangunan di peringkat luar bandar disamping membantu golongan pelajar dari perigkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga pelajar universiti selain membantu golongan belia, warga emas, ibu tunggal para petani, penternak dan nelayan untuk ditingkatkan pencapaian mereka dari masa kesemasa.


“PIS seperti juga parti politik yang lain mengambil peluang untuk bertanding dalam pilihan raya tidak lama lagi dan telah menyediakan manifesto untuk diagihkan kepada rakyat bila sampai masanya agar mereka tidak keliru apa yang diluahkan oleh pemimpin PIS dengan kesahsiihannya,” tambahnya. 

TERIMA BORANG….Dari kanan Abel, Rakman, (dua dari kiri) Risot dan yang lain menyaksikan Michel Alok menerima borang kemasukan menjadi ahli PIS Cawangan Laguhang.


Beliau mambahnya, untuk mengamalkan sistem demokerasi pemimpin PIS tidak boleh memegang jawatan lebih dari dua penggal yang menyebabkan pemimpin muda dari golongan belia tidak berpeluang menjadi calon dan pemimpin.


Michel antara lain berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan Peringkat Kampung Laguhang Samparita dekat sini baru-baru ini.


Terdahalu, Timbalan Ketua Bahagian Parti Impian Sabah Bahagian Tandek, Abel Pangair antara lain berkata, sejak mula parti ini ditubuhkan mereka sudah mula bergerak memasuki kawasan yang mereka  wakili mendengar keluh kesah penduduk dimana ada juga kalangan mereka yang terlepas pandang untuk dibantu dan pada masa itu kita mengambil kira bahawa aduan mereka wajar diambil perhatian dan tindakan.


Katanya, mereka membantu bukan dari satu sudut sahaja malah juga membantu dalam kepelbagaian dan berdasarkan yang mereka  termampu sebab PIS  belum lagi membentuk sebuah kerajaan yang diimpikan oleh rakyat negeri ini.


Abel yang telah di persetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Impian Sabah sebagai calon pada pilihan raya terdekat ini bagi Dun Tandek  bersetuju dengan agenda penuh yang dirancang oleh presiden parti, sekali gus membawa parti ini mengubah sistem yang tidak sempurna kepada satu pencapaian baharu yang lebih memberi manafaat kepada seluruh rakyat jelata.


Di majlis itu turut diadakan penyerahan borang kemasukan menjadi ahli Parti Impian Sabah PIS Kampung Laguhang, Tangkol dan sekitarnya, penyampaian bola tampar dan jaring dan sebagainya.


Hadir sama, Timbalan Presiden Kouta Muslim Rakman Sakmat, Ketua Bahagian Parti Impian Sabah Bahagian Tandek Risot Basinau, Ketua Cawangan PIS Laguhang merangkap Pengerusi Sukan Janoh bin Dumin.


Turut bersama, Ketua PIS PDM Tagibang Jos Rukimin, Ketua PIS PDM Marak Parak Yahya Kumpani, Ketua PIS PDM Sunsui, Geroge Bulagoi, Pengerusi pengacara Nainie binti Dummi dan hampir 200 orang menghadiri majlis itu.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN