ADVERTISEMENTspot_img

MESYUARAT PENGURUSAN PGBM KEBANGSAAN 24-25 APRIL : NORDIN

KOTA KINABALU: Mesyuarat Pengurusan Persatuan Guru Besar Malaysia dijangka akan berlangsung selama 2 hari bermula pada 24 April 2025 hingga 25 April 2025 bertempat di salah sebuah hotel di ibu negeri dekat sini .

Pengerusi PGBM Sabah, Nordin Mohd Taip berkata antara fokus utama mesyuarat pengurusan kali ini ialah persiapan PGBM Sabah sebagai tuan rumah bagi Konvensyen dan Persidangan Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada 16-18 Julai 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Katanya mesyuarat akan dihadiri kira-kira 60 orang terdiri daripada Ahli JawatanKuasa PGBM Sabah dan Exco Induk Kebangsaan dari seluruh negeri dan akan dirasmikan oleh Pengerusi PGBM Malaysia , Tuan Marzilaini Muhamad .

Terdahulu katanya pada sebelah petang hari pertama program semua exco akan menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya PGBM Sabah bagi memeriahkan program juga mengeratkan silaturahim antara warga pengurusan sekolah dari seluruh negeri.

Sementara itu pada hari kedua akan diadakan mesyuarat pengurusan induk dan negeri dan turut dibentangkan dalam mesyuarat itu ialah kertas kerja Persidangan PGBM 2025.

“ Saya berharap mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual dengan kehadiran para perwakilan mengikut jemputan yang telah diedarkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia”katanya

Pada masa sama, Nordin berkata sempena mesyuarat itu semua perwakilan akan dibawa melawat pusat konvensyen di SICC yang menjadi Venue Konvensyen dan Persidangan PGBM Peringkat Kebangsaan kelak.

“ Selain kita membincangkan dengan lebih terperinci persiapan kita sebagai tuan rumah, kita juga akan adakan lawatan tapak terutama rakan-rakan exco induk daripada pusat bagi meninjau dan melancarkan pengurusan persediaan kelak”katanya. –OLEH: FRANCIS ANDIN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN