25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mesyuarat agung Tri Tahunan Parti STARSABAH Bahagian Bingkor, 01 Mac

Robert (depan empat dari kanan) bersama barisan kepimpinan StarSabah Bahagian Bingkor.

KENINGAU: Mesyuarat agung Tri Tahunan Parti Solidariti Tanah Airku ( STARSABAH) Bahagian N.40 Bingkor dijadualkan pada 01 Mac bertempat di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau.

Keputusan itu telah dipersetujui dalam Jawatankuasa bahagian yang di Pengerusikan oleh Ketua Bahagian StarSabah Bahagian N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik@Nordin.

Beliau berkata dijangkakan 700 orang perwakilan termasuk dari Wiramuda, wiranita, wiramaja dan wiraemas akan menghadiri Mesyuarat agung Tri Tahunan itu nanti.

Perasmian mesyuarat agung itu akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden StarSabah Datuk Ellron Alfred Angin yang juga Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah.

Disebelah paginya Pergerakan Wiramuda dan Wiranita akan mengadakan Mesyuarat agungnya dan disebelah Tengahari pula mesyuarat agung bahagian.

Robert menjelaskan bahawa mesyuarat agung kali ini ada pertambahan perwakilan.

Menyentuh perjalanan mesyuarat mesyuarat agung Penyelaras Daerah Mengundi bagi bahagian Bingkor yang telah dijalankan pada bulan Disember tahun lalu, ianya berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tiada masalah yang timbul, ini menunjukkan semangat perpaduan yang ditunjukkan ahli ahli StarSabah di bahagian Bingkor, jelasnya.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua PDM yang telah melaksanakan mesyuarat agung tersebut.

Dalam pada itu juga Robert yang juga selaku Timbalan Presiden StarSabah minta ahli ahli star menjalinkan kesepakatan dan kerjasama dengan parti parti kompenen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut beliau yang juga selaku ADUN N.40 Bingkor baru baru ini Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.40 Bingkor dan Parti Gagasan Rakyat Sabah ( Gagasan Rakyat) Bahagian N.40 Bingkor telah membuat kunjungan kepadanya.

Dalam kunjungan tersebut kedua-dua parti dalam komponen GRS itu akan memberi sokongan dan kerjasama kepada StarSabah Bahagian N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN