GIMIKā¦Datuk Amisah mewakili PPK menerima sumbangan RM5 ribu (replika Cek) daripada NAFAS disampaikan Datuk Mohd.Nazri diperhatikan tetamu jemputan yang lain.
RANAU: Meskipun masih dalam suasana memerangi penularan pandemik Covid-19 namun, tidak menjejaskan kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-50 Pertubuhan Peladang Kinabalu (PPK) di Dewan Masyarakat daerah di sini dengan pematuhan SOP ketat seperi yang ditetapan kerajaan.
Mesyuarat itu yang bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’ dihadiri lebih 200 ahli perwakilan unit PPK seluruh kawasan Ranau dan Kundasang telah dirasmikan Timbalan pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Mohd.Nazri Bin Abdullah yang dalam ucapan perasmiannya antara lain, memuji PPK kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahuanan tersebut meskipun pandemik Covid-19 belum berakhir.
Beliau juga memuji PPK kerana banyak ahlinya yang berjaya mengetengahkan prestasi dan usaha-usaha baharu dan mempah kejayaan yang membanggakan bukan sahaja di peringkat PPK malahan peringkat negeri dan kebangsaan.
“Kita amat berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang dicapai pihak PPK dan mengharapkan ia suatu yang positif menjadi pemangkin dan motivasi untuk terus maju ke hadapan dengan pencapaian lebih cemerlang lagi”, jelas Mohd.Nazri.
Beliau seterusnya mengumumkan peruntukan RM5 ribu sebagai bantuan daripada pihak Nafas untuk membiayai persediaan PPK menjayakan sambutan jubli Emas ke-50 tahun PPK pada awal tahun 2022, yang sepatutnya diadakan tahun ini tetapi terpaksa ditunda atas sebab pandemik Covid-19 yang masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
Menurut Mohd.Nazri sumbangan itu adalah sebagai bukti sokongan pihak NAFAS kepada PPK dalam mengendalikan pentadbiran serta perlaksanaan program yang dirancang demi faedah kepada semua ahli.
“Sumbangan RM5 ribu ini juga sebagai tambahan RM2 ribu daripada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)”, tambahnya.
Hadir dan berucap sama ialah, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Hajah Anita Binti Haji Misuari dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK, Datuk Amisah Yassin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (dilantik).
Sementara antara jemputan kenamaan yang hadir ialah, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir, Ketua Polis Daerah Ranau dan DSP.Semiun Lamudin, Pengurus Besar PPK, Muhammad Irwan Bin Maruji dan para pegawai daripada Nafas.
Bagaimanapun, keputusan pemilihan 11Ā orang Ahli Lembaga PPKĀ daripada 25 calon bertanding untuk menerajui kepimpinan PPK bagi sesi 2021-2023 belum diperolehi penulis ketika artikel ini ditulis.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā