30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mesyuarat Agung PAPIM 27 Julai 2024

MESYUARAT TERAKHIR…Hj Ahmad (duduk tiga kanan) bersama AJK PAPIM mengadakan mesyuarat persediaan untuk AGM di Kedai Sup Ikan Kudat di Kepayan Sabtu lalu.

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak Pimping di Kota Kinabalu (PAPIM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Pertama di Dewan Masjid Daerah Putatan.

Mesyuarat yang akan bermula jam 9 pagi ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Hj Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong berkata untuk AGM pertama ini semua jawatan dari pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha agung, penolong setiausaha agung, bendahari dan lima Ahli Jawatankuasa akan dipertandingkan.

Beliau berkata semua ahli yang ingin menawarkan diri untuk bertanding boleh hadir pada mesyuarat agung itu.

” Semua ahli yang berdaftar dan membayar yuran tahunan layak untuk bertanding,” katanya.

Selain itu kata beliau kaunter pendaftaran untuk menjadi ahli baru juga akan dibuka kepada semua anak-anak Kg Pimping yang menetap di kawasan Pantai Barat iaitu dari Papar hinggalah ke Tuaran.

KAIN PEMIDANG…Mohd Arifin dijangka merasmikan AGM PAPIM pada Sabtu depan.

” Kita amat mengalu-alukan anak-anak Kg Pimping untuk bersama dalam PAPIM demi ikatan persaudaraan dan perpaduan sesama penduduk sekampung serta menjaga kebajikan ahli-ahli,” katanya

Hj Ahmad berkata sepanjang tiga tahun penubuhan PAPIM banyak aktiviti telah dijalankan antaranya kenduri arwah sebelum Ramadan, buat kutipan untuk ahli-ahli yang berdepan musibah dan kematian, infak untuk pembinaan surau transit di Tanah Perkuburan Firdausi Kg Pimping, infak kerja gotong royong tanah perkuburan serta membantu penduduk kampung yg bukan ahli yg berdepan musibah kebakaran dan banyak lagi.

“Kita berharap banyak lagi aktiviti yang akan dirancang oleh kepimpinan baharu badan bukan kerjaan ini selepas pemilihan agung ini nanti,” tambahnya.

Beliau turut berterima kasih kepada Adun Membakut yang juga Penaung PAPIM, Datuk Hj Mohd Arifin dan Timbalan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Hj Mohamad Hj Alamin kerana turut memberikan bantuan kepada PAPIM untuk melaksanakan kegiatan-kegiatannya.

Beliau berharap semua ahli persatuan akan datang beramai-ramai untuk sama-sama membuat pemilihan dan memberikan pandangan kegiatan- kegiatan yang akan dilaksanakan selepas ini

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN