KENINGAU: Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran ( Ko-Pelajaran) Bahagian Keningau akan diadakan pada 24 Ogos ini di Dewan Tai Chi Tenom bermula pukul 9.00 pagi.
Setiausaha Penyelaras Jawatankuasa Bahagian Ko-Pelajaran Bahagian Keningau Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles memberitahu, Pendaftaran kehadiran bermula 8.30 pagi.
Katanya, dalam Mesyuarat itu nanti, Setiausaha dan Bendahari akan membentangkan laporan masing-masing dan perkembangan Koperasi.
“Pada mesyuarat itu akan dipilih lima (5) orang perwakilan bahagian itu yang akan mewakili Bahagian ke Mesyuarat Agung Ko-Pelajaran yang dijadualkan pada bulan September ini” katanya.
Sehubungan dengan ini, Yazid merayu semua ahli Koperasi di bahagian Keningau agar dapat hadir ke Mesyuarat tersebut.
Katanya, kehadiran semua ahli Koperasi adalah amat penting bagi menjayakan mesyuarat agung itu.
Yazid berkata Pengerusi Ko-Pelajaran Datuk Hj Sairin Hj Karno dijangka hadir dan akan memberi Penerangan mengenai perjalanan dan perkembangan Koperasi.