SELESAI…AJK Terringgi PAPIM bergambar kenangan selepas berakhir mesyuarat.
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Kg Pimping di Kota Kinabalu (PAPIM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunannya pada 17 Oktober ini di Dewan Mesyuarat Hijrah Wisma Muis bermula jam 8 pagi di sini.
Ketua Penerangannya, Haji Mohd Amin Hj Muin berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas PAPIM yang dipengerusikan oleh Haji Ahmad Dipong di Anjung Soka Kafe pagi tadi.
Beliau berkata beberapa jawatan penting akan dipertandingkan dalam mesyuarat agung kali ini jika ada pencalonan.
Pencalon sudah mula dibuka sekarang dan akan ditutup jam 9 pagi hari AGM diadakan.
Antara jawatan yang akanvdipertandingkan kata Haji Amin ialah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan lima Ahli Jawatankuasa.
Sementara itu jawatan Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan dua AJK akan dilantik kemudian oleh pengerusi yang dipilih.
Dua juruodit juga akan turut dipilih dalam AGM kali ke-3 PAPIM sejak ianya ditubuhkan lebih 5 tahun yang lalu.
Dalam AGM itu nanti juga akan dibentangkan beberapa pindaan perlembagaan persatuan ini antaranya yang dicadangkan perubahan pada nama,pengwujudan ahli seumur hidup dan beberapa pindaan keahlian PAPIM.
Hj Amin berkata pindaan ini dibuat untuk memperluaskan keahlian persatuan ke seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana buat masa ini ahli PAPIM hanya dihadkan kepada mereka yang tinggal di Kota Kinabalu saja.
Bagaimanpun katanya penerimaan keahlian baru hanya akan diputuskan oleh AJK Pusat PAPIM nanti.
Beliau berharap semua ahli-ahli PAPIM akan dapat menghadiri mesyuarat AGM yang dijangka akan dirasmikan oleh Penaung PAPIM merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.
Turut hadir dalam Mesyuarat Khas ini, Naib Pengerusi, Puan Nismah Hj Kanak, Setiausaha Agung, Alihussein Hj Matnoor, Penolong Setiausaha, Nor Isham Narawi, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail, Ketua Penerangan, Hj Mohd Amin Hj Muin, AJK Awang Jaluddin Ag Salleh, Hajah Rayanih Hj Ag Hamid,Hj Ismail Hj Baniamin, Ali Omar Salleh dan Nur Nazerah Mohd Nizam.



