24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Memiliki dan menjual air ketum, 2 lelaki dicekup polis

DSP Sammy Newton

RANAU: Dua lelaki tempatan dicekup polis selepas disyaki menjalankan kegiatan jual beli air ketum dekat Kampung Dumpiring, Kundasang petang kemarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton berkata,  dalam kejadian jam 5.40 petang, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Ranau yang sedang membuat tugas rondaan di kawasan itu ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kg.Dumpiring.

SUSPEK.. ketika dicekup polis bersama botol berisi air ketum.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek memiliki  dan disyaki  menjalankan kegiatan jual beli air ketum.

“Polis seterusnya merampas dua botol minuman jenama sasa berisi cecair disyaki air ketum yang dianggarkan berjumlah 3.0  liter,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurut DSP Sammy, kes disiasat dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama empat tahun atau denda tidak melebihi rm10, 000 atau kedua-duanya sekali.

“Suspek turut disiasat dibawah peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Kedua-dua saspek telah  direman dibawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan agar semua pihak wajib mematuhi arahan  PKP yang sedang dikuatkuasakan bagi memutuskan penularan wabak Covid 19.  

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dan akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Sehingga kini, pihak polis daerah ini telah melakukan tangkapan seramai 20 orang individu yang melanggar PKP sejak ia dikuatkuasakan pada 18 mac 2020,” tambah DSP Sammy. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN